Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula menegaskan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin telah meminta pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah memberi nama senarai calon Ketua Menteri Sabah dalam tempoh secepat mungkin.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, hal ini bagi membolehkan Tun Juhar meneliti senarai nama berkenaan untuk dilaksanakan pemilihan calon Ketua Menteri Sabah dengan segera.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah PBS) Datuk Jahid Jahim menyerahkan keputusan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berhubung pelantikan calon Ketua Menteri Sabah.Menurutnya, perbincangan Tun Juhar bersama pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lain berjalan dengan lancar dan dijalankan dalam suasana harmoni.
No comments
Post a Comment