Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa dijangkakan akan berlaku fenomena air laut pasang besar pada 19 hingga 20 September, 17 hingga 19 Oktober dan 15 hingga 16 November di persisiran pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut mencecah paras 5.6-5.8 meter (Pusat Hidrografi Nasional, PHN). Fenomena yang sama telah berlaku pada tahun lepas.
Apakah faktor penyebab?
1. Air pasang besar ini dikaitkan dengan fenomena Fasa Bulan Baru dan fenomena Perigee (bulan terhampir dengan bumi) yang berlaku hampir serentak.
2. Pada Fasa Bulan Baru, bulan berada di antara bumi dan matahari serta berkedudukan dekat dengan bumi (Perigee) pula.
3. Pasang surut air laut sentiasa dipengaruhi oleh graviti bulan (tidal constituents) tetapi semasa berlakunya dua fenomena ini akan terjadinya kesepaduan graviti bulan dan matahari pada satu jajaran pada satu bahagian bumi menyebabkan berlaku air laut pasang ekstrem (extreme high tide) dan surut ekstrem (extreme low tide).
4. Daya tarikan graviti yang bertambah ini akan mempengaruhi pasang surut air laut. Bukan sahaja air pasang ekstrem malah akan berlaku air susut ekstren bukan sahaja di Malaysia, malahan di beberapa bahagian dunia.
5. Air akan teruk melimpah jika sekiranya berlaku air pasang ekstrem yang berlaku serentak dengan hujan lebat.
6. Pertambahan graviti ini juga mungkin akan memberikan kesan terhadap aktiviti seismik bumi (kekerapan gempa bumi dan letusan volkano).
7. Bukan sahaja air di permukaan bumi, malahan cecair dalam perut bumi (magma) juga akan turut terkesan dan akan memberi reaksi terhadap kepingan tektonik di permukaan bumi (teresstrial tides).
Perigee: 18 September/ 16 Oktober/ 14 November/ 12 Disember
Fasa Bulan Baru : 17 September/ 16 Oktober/ 15 November/ 14 Disember
8.9.2020
No comments
Post a Comment