Kepada yang ingin mencipta kod QR bagi alamat laman sesawang, berikut kami kongsikan cara mencipta kod tersebut menggunakan Microsoft Excel.
Pertama sekali buka perisian Excel pada PC anda dan pilih menu Insert.
Seterusnya klik pada menu Get Add ins Kemudian pilih hasil carian berikut.
Pada paparan QR4office, masukkan URL laman sesawang yang ingin anda jadikan sebagai kod QR.
Seterusnya buat tetapan saiz kod QR tersebut sesuai dengan keperluan anda. Akhir sekali klik pada tombol Insert.
Dengan itu kod QR tersebut akan muncul pada paparan Excel, bolehlah anda mencetaknya untuk ditampal dimana – mana tempat atau dinding mengikut keperluan.
No comments
Post a Comment