Sifat Melayu, bila senang raikan orang lain. Bila susah, baru cari bangsa sendiri
BERSATUNYA ultra kiasu dalam mempertahankan musang king, SJKC, dan pencemaran air Selangor
Kita bagaimana? Berpecah tak habis? Berikan satu contoh, semua politik Melayu (Islam) atau NGO bersatu bersepakat dalam sesuatu isu seperti ultra kiasu? Ada atau tidak? Sampai bila? Keadaan kita makin tenat.
Merajuk sikit, marah sikit, tubuh parti baharu. Pecah lagi…ultra kiasu terus menang. Kita terus kalah…
Lihatlah, betapa liciknya ultra kiasu di sebalik beberapa isu terkini yang ada kaitan secara langsung kepentingan mereka.
Bila sentuh sahaja isu pendidikan Cina (SJKC, UEC) dan tanah musang king, bukan main lagi garangnya lagak mereka. Lantang betul mereka bersuara, tidak kira ultra kiasu dalam kerajaan mahupun luar kerajaan. Walhal kesnya sangat jelas.
Dah berkali saya katakan, kita tidak mahu ambil pengajaran. Nak fahami penyatuan politik Cina, senang sahaja, fahami rukun politik Cina.
Terdapat tiga (ada kata empat) rukun politik Cina.
Pertama, pertahankan Pendidikan Cina (bahasa Cina)
Kedua, pertahankan media Cina kerana inilah saluran penting mereka untuk sampaikan maklumat untuk menyatukan Cina
Ketiga, pertahankan NGO Cina kerana NGO inilah yang menjadi kumpulan pendesak paling berkesan sehingga kerajaan terpaksa tunduk
Keempat, pertahankan ekonomi Cina kerana inilah sumber nadi utama bagi memastikan tiga di atas mendapat tempat yang istimewa. Ada duit semua jadi.
Isu Pendidikan Cina. Ternyata salah, bertentangan dengan sejarah dan Perlembagaan. Ultra kiasu pertahankan bermati-matian. Kerajaan (Melayu) merasa tertekan.
Apabila dah tertekan, maka keluarlah kata, itu hak bukan Melayu (Cina) yang termaktub dalam Perlembagaan. Sedangkan ia bukan hak.
Itulah sifat Melayu, bila senang, raikan orang lain. Bila susah, baru cari bangsa sendiri, seagama.
Sama seperti susah payah memperjuangkan kemerdekaan. Ketika susah, bermatian-matian Melayu Islam dan Bumiputera, mempertahankan tanah air sehingga nyawa menjadi gadaian.
Bila sudah senang dan merdeka, Melayu seagama sudah tidak ingat lagi, yang dia ingat Melayu, Cina, India.
Dalam kata lain, ketika susah (berjuang menentang penjajah) ingat saudara seagama. Bila senang atau merdeka, raikan orang lain, Melayu, Cina, India, walaupun bertentangan dengan undang-undang atau Perlembagaan.
Saya bukan rasis, hanya memperkatakan yang hak, walaupun itu amat pahit.
Ambil satu contoh di atas mengenai Pendidikan Cina. Pakar Perlembagaan, Prof Dr Shad Faruqi berkata, hak orang Cina adalah hak untuk belajar bahasa Cina, itu memang dijamin dalam Perlembagaan, tetapi bukan belajar dalam bahasa Cina. Dalam maksud, Perlembagaan memberi hak belajar ibunda tetapi bukan belajar dalam bahasa ibunda.
Hairannya, sekian lama pakar bercakap, tidak ada siapa yang mahu dengar. Tidak ada tindakan atau penambahbaikan dibuat oleh kerajaan. Kita terus berpolitik. Orang politik merasakan dia semua pakar dalam segala hal. Tak mahu rujuk pakar. Pakar dirujuk ketika susah dan tersepit.
Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. Kata Khoo, British hanya benarkan sekolah Cina beroperasi ketika zaman penjajah, jika mereka berhasrat untuk kembali ke negara asal iaitu negara China. Tidak mahu menetap di Tanah Melayu.
Namun, jika orang Cina mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu, maka sekolah Cina mesti dirobohkan. Orang Cina mesti belajar dalam aliran kebangsaan. Jelas kata-kata pakar sejarah.
Ternyata penjajah British sangat memahami dalam kehidupan bernegara. Memberikan hak kepada yang berhak. Malangnya, perkara ini tidak difahami sebegitu oleh ultra kiasu.
Mereka merasakan semua hak mereka. Sampai ke tahap hak yang diminta melampau-lampau. Menjadikan sekolah Cina beroperasi secina-cinanya. Lebih Cina daripada Cina di negara China.
Di negara komunis China, semua silibus dan kurikulum ditentukan oleh kerajaan. Tidak ada pilihan. Tetapi dalam konteks Malaysia, sekolah Cina yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan, silibus dan kurikulum, ditentukan oleh bangsa mereka sendiri. Lebih malang, tidak patuh kepada arahan kerajaan.
Sudahlah tidak patuh. Malah desak dan paksa kerajaan untuk iktiraf Sijil Pendidikan Menengah Cina iaitu UEC. Keempat rukun tadi bergabung, bersatu teguh, sehingga kerajaan terpaksa tunduk.
Sama juga isu pencerobohan tanah kerajaan bagi penanaman durian musang king. Beribu-ribu hektar tanah kerajaan di ceroboh, tiba-tiba apabila jadi isu, desak kerajaan untuk iktiraf dan beri tanah yang diceroboh kepada mereka. Ultra kiasu bersatu hati menentang kerajaan.
Terbaharu, dalam isu pencemaran air di Selangor, sehingga sebahagian besar warga Lembah Kelang tidak dapat bekalan air selama hampir seminggu akibat racun yang dilepaskan.
Heboh diperkatakan, bagaimana kilang tanpa lesen boleh beroperasi. Berjuta-juta buat keuntungan, cukai bayar atau tidak, kita tidak tahu. Tiba-tiba apabila dikenakan tindakan, kerana melepaskan racun ke dalam sungai, hanya dikenakan tindakan RM60,000.
Rakyat terus merana, sedangkan dalam sistem demokrasi, rakyat adalah raja.
Ultra kiasu tidak menyerang kilang haram koncoya seperti mana mereka menyerang isu YB Kuala Nerus, Khairuddin dalam isu kuarantin COVID-19. Isu Khairuddin senyap sekejap, apabila terkena kepada konco-konconya. Mereka tidak bersuara agar tindakan tegas dikenakan ke atas ultra kiasu yang melepaskan racun ke dalam sungai sehingga kolam tadahan tercemar, menyebabkan sebahagian besar penduduk Lembah Kelang menderita.
Lebih hina lagi membaca kenyataan pemimpin ultra kiasu Selangor berkata, kilang yang beroperasi haram tersebut, yang telah menyebabkan rakyat menderita, biarlah tuan punya yang roboh sendiri, bukannya pihak berkuasa (kerajaan). Takut sungguh dia kepada ultra kiasu.
Pelik sungguh, kilang haram beroperasi (ceroboh tanah haram) berpuluh-puluh tahun, tidak diambil tindakan. Malahan tindakan yang dikenakan begitu ringan. Takut sungguh dengan ultra kiasu yang begitu nyata melanggar undang-undang.
Inilah sifat Melayu, bila dapat kuasa dan hidup senang, mulutnya meratib Melayu, Cina, India.
Namun, bila hilang kuasa, baru nak cari sokongan Melayu, baru nak merayu kepada Melayu dan Bumiputera. Bila senang, Melayu, Cina, India. Rupanya kena susah dahulu, baru dia sedar dan insaf. Adakah cara ini betul? Sama-sama kita fikirkan.
No comments
Post a Comment