NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bahaya tidur dalam kereta, bukan setakat keracunan gas karbon monoksida



Kita sering diberitahu bahawa tidur dalam kereta boleh menyebabkan kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen di dalam kereta.

Apabila kita buka penghawa dingin dan menaikkan semua tingkap kereta, menyebabkan udara dalam kereta hanya beredar dalam kereta. Tiada sumber oksigen dari luar.

Tahap oksigen akan semakin berkurang apabila kita bernafas. Sekiranya kita berada lama berada dalam kereta, tahap oksigen makin berkurang. Apatah lagi jika terdapat lebih dari seorang berada dalam kereta tersebut. Semakin ramai, semakin cepat tahap oksigen akan berkurangan.

Apabila tahap oksigen berkurangan kepada tahap 75-80% sahaja, kita mula rasa sukar bernafas. (Tahap oksigen yang normal dalam darah adalah melebihi 95%).Jika mencapai 25% kita mungkin pengsan. Sekiranya kita sedang tidur, menyebabkan kita tidak dapat bangun mendapatkan bekalan oksigen di luar kereta, kita mungkin akan terus koma dan meninggal dunia.

Ini berbeza apabila kereta bergerak kerana udara (yang mengandungi oksigen) akan masuk ke dalam kereta. Kita bernafas bukan menggunakan oksigen yang sama beredar dalam kereta. Udara dari luar membekalkan oksigen yang baru.

Jadi jika hendak rehat dan tidur dalam kereta, turunkan sedikit tingkap kereta supaya udara boleh masuk ke dalsm kereta.

Ketika berada di jalan sesak, kita mungkin berasa mengantuk kerana tahap oksigen yg di dalam kereta sudah berkurang kerana udara tidak masuk dalam kereta yang berehebti.

Jadi turunkan sedikit tingkap kereta walaupun kita menggunakan penghawa dingin.

Jadi bukan saja tahap gas karbon monoksida dari ekzos sahaja yang berbahaya, tetapi tahap gas oksigen yang rendah juga berbahaya.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo