SOALAN :
Apabila selesai solat atas jenazah di masjid sementara siap alat pengusung untuk menghantarnya ke kubur ada beberapa orang membaca ayat Quran dekat jenazah tetapi ada seorang yang melarang dan katanya perbuatan baca Quran ke atas jenazah selepas solat jenazah adalah bidaah yang haram.
Mohon jawapan dari ustaz mana satu yang benar?
JAWAPAN :
Apabila selesai solat jenazah disunatkan bersegera membawa jenazah ke tanah perkuburan.
Akan tetapi jika sementara cukup orang-orang untuk mengusungnya atau sementara siap pengusung atau seumpamanya maka tidak mengapa menunggu sekejap.
Dan sementara menunggu itu jika dibacakan ayat-ayat Quran di sisi jenazah maka ialah elok dan tidak dilarang sama sekali.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. kata beliau : Aku telah dengar akan Rasulullah saw bersabda :
Ų„ِŲ°َŲ§ Ł َŲ§ŲŖَ Ų£َŲَŲÆُŁُŁ ْ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲْŲØِŲ³ُŁŁُ، ŁَŲ£َŲ³ْŲ±ِŲ¹ُŁŲ§ ŲØِŁِ Ų„ِŁَŁ ŁَŲØْŲ±ِŁِ، ŁَŁْŁُŁْŲ±َŲ£ْ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų±َŲ£ْŲ³ِŁِ ŲØِŁَŲ§ŲŖِŲَŲ©ِ Ų§ŁْŁِŲŖَŲ§ŲØِ، ŁَŲ¹ِŁْŲÆَ Ų±ِŲ¬ْŁَŁْŁِ ŲØِŲ®َŲ§ŲŖِŁ َŲ©ِ Ų§ŁْŲØَŁَŲ±َŲ©ِ ŁِŁ ŁَŲØْŲ±ِŁِ
Artinya : “Apabila mati seorang kamu maka jangan kamu menahannya dan segeralah kamu sekelian dengannya kepada kuburnya dan bacalah disisi kepalanya akan fatihah dan disisi kakinya akan penutup surah Al-Baqarah pada kuburnya.” (Hadith riwayat At-Tabarani dan Al-Baihaqi dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Baari adalah sanad hadith ini hasan.)
Tersebut pada Himpunan Majlis Fatwa Negeri Mesir :
ŁŲ§ Ł Ų§ŁŲ¹ Ų“Ų±Ų¹ًŲ§ Ł Ł Ų°ŁŁ؛ ŁŁŲ±Ų§Ų”Ų© Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁ ŁŲŖ Ł Ų³ŲŖŲŲØŲ©ٌ Ł Ų·ŁŁًŲ§ -ŁŁŲ°Ų§ Ł Ų§ Ų¹ŁŁŁ Ų¹Ł Ł Ų§ŁŁ Ų³ŁŁ ŁŁ Ų³ŁŁًŲ§ ŁŲ®ŁŁًŲ§-، ŲØŁ Ų„Ł Ų§ŁŲ§ŁŲŖŲøŲ§Ų± ŲØŲ§ŁŲ¬ŁŲ§Ų²Ų© Ų¹ŁŁ Ų§ŁŁŲŁ Ų§ŁŁ Ų°ŁŁŲ± Ł Ų¹ ŁŲ±Ų§Ų”Ų© Ų§ŁŁŲ±Ų¢Ł Ų§ŁŁŲ±ŁŁ ŁŁŁŁ Ų£َŁŁŁ Ł Ł Ų§ŁŲ§ŁŲŖŲøŲ§Ų± ŲØŲŗŁŲ±Ł. : ŲÆŲ§Ų± Ų§ŁŲ„ŁŲŖŲ§Ų” Ų§ŁŁ ŲµŲ±ŁŲ©
Artinya : “Tiada halangan di sisi syarak daripada membaca Quran sebelum di bawa ke kubur. Maka membaca Quran atas mayat itu disunatkan secara mutlak. Inilah apa yang telah diamalkan oleh sekelian Muslimin salaf dan khalaf bahkan menunggu dengan jenazah atas umpama yang tersebut serta membaca Quran adalah ia lebih utama dari menunggu dengan (melakukan) yang lainnya.” (Darul Ifta Mesir)
Kesimpulannya tidak dilarang bahkan elok dibacakan ayat-ayat Quran dekat jenazah samada sebelum dimandikan atau sebelum disembahyangkan atau selepasnya atau ketika membawanya ke tanah perkuburan dan ketika di tanah perkuburan samada sebelum tanam atau selepas tanam.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment