NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar mengulangi sandiwara bulan September

oleh:Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tentu ramai masih tidak dapat lupakan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mendakwa sudah cukup majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008.


Hari ini 23 September 2020, Anwar sekali lagi mengulangi sandiwaranya dengan membuat sidang media tengahari tadi, mendakwa sekali lagi sudah cukup majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada 4 persoalan yang bermain di pemikiran semua:

Pertama, kenapa Anwar semacam terdesak membuat pengumuman tatkala Yang di-Pertuan Agong sedang kegeringan dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara?

Kedua, kenapa Anwar semacam terdesak membuat pengumuman tatkala Pilihanraya Negeri Sabah hanya tinggal dua hari berbaki sebelum Hari Pengundian Sabtu ini?

Ketiga, kenapa Anwar semacam terdesak membuat pengumuman setelah rakan sekutunya yang paling kuat DAP mengisytiharkan Datuk Seri Shafie Apdal lebih layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri PH?

Keempat, kenapa hanya wakil PKR sahaja yang hadir dalam sidang media tadi? Di mana wakil-wakil komponen PH seperti DAP dan PAN dalam sesi pengisytiharan kerajaan baharu oleh Anwar Ibrahim tadi?

Ternyata semua ini hanyalah gimik dan sandiwara politik Anwar Ibrahim bersempena bulan September yang begitu sinonim dengan sketsa politik beliau. Kebetulan juga beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO juga pada bulan September 1998.

APAKAH INI SEMUDA SATU SANDIWARA? Kita tunggu episod seterusnya!

KALAU SUSAH-SUSAH SANGAT, serahkan kembali MANDAT KEPADA RAKYAT agar dapat membuat keputusan yang muktamad.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

23 September 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo