NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar dan politik angkasawan





Pertarungan politik di Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nampaknya bukan sekadar untuk memilih Ketua Menteri Sabah yang baru, tetapi juga menjadi medan untuk memilih bakal Perdana Menteri yang baru. Rakyat Sabah akan menentukan siapa akan menjadi calon Perdana Menteri PH. Adakah Anwar Ibrahim atau Shafie Apdal. Inilah political game terbaru di dalam PH.

Rakyat Sabah rara-rata terfokus untuk memilih wakil-wakil rakyat yang baharu setelah DUN dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah baru-baru ini. Rakyat masih keliru di antara usaha 'memperlatkan agama' dalam kempen politik DAP dan juga tindakan mempertikaikan peranan pasukan pertahanan negara oleh calon Warisan. Shafie Apdal yang ke sana ke mari, seperti berusaha mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Tetapi rupanya sedang berusaha untuk menjadi calon bakal Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim yang menjadi bakal Perdana Menteri sejak 1990-an 'panas bontot' dengan usaha keras Shafie Apdal ini. Dia bersuara terhadap kemahuan DAP untuk mengiktiraf Shafie Apdal menjadi bakal Perdana Menteri, sejalan dengan cadangan Tun Mahathir. DAP mahu menyokong Shafie Apdal supaya orang Sabah mengundi PH. Itu hanya tektik DAP. Tapi tektik itu tak ubah seperti meletakkan unggun api di bawah bontot Anwar Ibrahim.

Kerana itu, Anwar Ibrahim segera bertegas bahawa dia "can get the numbers." Anwar Ibrahim seperti 'bengang' dengan strategi DAP. Rupanya Anwar Ibrahim belum faham DAP. Parti cauvenis itu buat-buat lupa bahawa bulan September adalah bulan Anwar Ibrahim. Dalam bulan September (1998) dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dalam bulan September (1998) juga dia melancarkan gerakan Reformasi. Dalam bulan September (2014) juga Anwar Ibrahim gagal menjadikan isterinya, Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor apabila Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, pasca Langkah Kajang.

Anwar Ibrahim sudah lama berangan-angan. Seperti Mat Jenin. Mengharapkan dirinya dapat menjadi Perdana Menteri. Sejak dia masuk Umno pada 1982 sudah ada di hatinya harapan itu. Bila Ghafar Baba berhasil dijatuhkan pada 1994, Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri. Pada 1999, pakatan pembangkang, Barisan Alternatif (BA) menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Panjang juga angan-angan Anwar Ibrahim apabila BN hilang majoriti dua pertiga pada 2008.

Ketika itu, Anwar Ibrahim membilang wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Ada 40 orang hendak menyeberang, katanya. Sampai ke Taiwan mereka membuat kira-kira. "I can get the numbers," kata Anwar Ibrahim. Lalu diumumkan hasratnya membentuk Kerajaan 16 September. Bulan September (2008) juga. Tapi malang sekali, dia hanya "get the numbers," tetapi orangnya tiada. Begitulah tingginya angan-angan Anwar Ibrahim. Seperti angkasawan di puncak langit.

Kali ini, Anwar Ibrahim membilang lagi. Awalnya, dia membilang kerusi yang akan ditandingi di Sabah. 14 kerusi katanya. Senarai calon sudah siap. Tiba-tiba dapat tujuh sahaja. Kejayaan Warisan mendapat jumlah kerusi yang berlipat kali ganda berbanding PKR itu menunjukkan Shafie Apdal lebih terkehadapan dalam persaingan bakal Perdana Menteri. Bayangkan jika PKR bertanding lebih 20 kerusi, dan menang besar. Habislah politik Shafie Apdal. Tetapi jika PKR hanya dapat tujuh kerusi sahaja, hakikatnya politik Anwar Ibrahim sudah terperosok ke bawah!

Bila Shafie Apdal sudah mendahului, cepat sahaja DAP mengakui kedudukan pemimpin Warisan itu sebagai bakal Perdana Menteri. Itulah yang membuat Anwar Ibrahim terpaksa bertarung untuk politik angkaswannya. Dia mula menghitung sokongan untuk dia kekal sebagai bakal Perdana Menteri. "I can get the numbers," Anwar Ibrahim cuba meyakinkan Lim Guan Eng. DAP mahu menjadi kerajaan bersama Warisan di Sabah, tetapi Anwar Ibrahim mahu namanya kekal sebagai bakal Perdana Menteri. Politik Sabah hanya medan mengukur pengaruh antara dia dan Shafie Apdal sahaja!

Anwar Ibrahim tidak mempedulikan yang lain. Tun Mahathir sudah terkeluar dari saingan. Tun Mahathir dan Pejuang bukan lagi ancaman. Yang menjadi saingan sekarang ialah orang yang disokong oleh Tun Mahathir, iaitu pemimpin Warisan. Walaupun orang lain sibuk untuk mempertahankan kekuasaan di Sabah, Anwar Ibrahim tetap menghitung kerusi untuk menjadi Perdana Menteri! Inilah akibat terlalu ambitious. Angan-angan tinggi melangit. Harapan sampai ke awan. Inilah politik angkasawan!

Sekarang Anwar Ibrahim sibuk membilang angka. Berapa kerusi dapat di Sabah. Kalau kurang 14 kerusi, jawapnya pengaruh dia sudah tiada. Membilang angka lagi... tujuh sahaja! Boleh menang semuakah? Kalau kalah semua, Shafie Apdal akan memintas kedudukan Anwar Ibrahim sebagai calon bakal Perdana Menteri. DAP nampak politik ini, mereka menyokong Shafie Apdal menjadi bakal Perdana Menteri. Anwar terpaksa menyebut angka lagi. Dia ada angka yang cukup untuk menjadi bakal Perdana Menteri, harap Lim Guan Eng percaya. Kalau tidak, dia merana.

Anwar Ibrahim sekarang betul-betul di persimpangan. Kerana politik angkaswannya, setiap hari sekarang di menghitung angka. Kalau ANGKA tak cukup, dia boleh SAWAN. Inilah akibat berfantasi dengan politik ANGKASAWAN... tak cukup ANGKA, Anwar Ibrahim boleh kena SAWAN!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo