1. Rasulullah ļ·ŗ memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika menghadapi kesulitan (HR al-Tirmizi) . Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:
ŁَŲ§ Ų„ِŁَŁَ Ų„ِŁَّŲ§ Ų£َŁْŲŖَ Ų³ُŲØْŲَŲ§ŁَŁَ Ų„ِŁِّŁ ŁُŁْŲŖُ Ł
ِŁَ Ų§ŁŲøَّŲ§ŁِŁ
ِŁŁَ
2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ļ·ŗ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sabda Rasulullah:
ŁŲ„ŁŁ ŁŁ
ŁŲÆŲ¹ ŲØŁŲ§ Ł
Ų³ŁŁ
Ų±ŲØŁ ŁŁ Ų“ŁŲ” ŁŲ· Ų„ŁŲ§ Ų§Ų³ŲŖŲ¬Ų§ŲØ ŁŁ
“Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.
4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.
5. Inilah yang seharusnya yang disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut liberal, ini adalah hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.
7. Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat? Sertakan doa Nabi Yunus ini dalam doa kita. Semoga permohonan kita diperkenan.
Moga Allah mengampunkan kita.
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
No comments
Post a Comment