NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

11 Ringkasan Inti Pengumuman DSAI

1-Bini dia nama Jijah, tiba-tiba dia kata dia dah umum cerai talak satu kepada Norainee bini orang lain yang nikah secara sah oleh kadi. Kemudian dia kata ada saksi yang dengar dia ceraikan Norainee. Lepas tu dia suruh Tok Kadi sahkan. Sama kes semalam, Kerajaan PN ni kerajaan yang YDPA iktiraf, dia yang dari PH pulak isytihar TS Muhyiddin jatuh, kemudian suruh YDPA sahkan. Eehhh....guane gitu? šŸ¤”

2-September 1998 dia buat hal, September 2008 pun dia buat hal lagi. 2018 tak sempat September, tiba-tiba dia menang, lega sekejap. September 2020, lepas jatuh, dia buat hal lagi. Jadi dapatan kajian ialah, bila dia kalah, September ialah bulan yang dia jadi sewel. Sweet September betullah.

3-Pasaran saham jatuh semalam, memungkinkan kepada mereka yang kaya akan dapat membeli beberapa kaunter yang jatuh pada harga yang murah. Majoriti yang menguasai pasaran saham ialah bukan Melayu. Jadi, terima kasih Bang Non. PD mali tatak sombong maa....

4-Tuanku YDPA gering pun dia tak hormat. Selasa Tuanku masih di IJN, semalam dia isytihar, walaupun dia kata Tuanku memang nak jumpa pada 22 hb. Lepas tu anak buah dia kata YDPA sengaja tak nak jumpa dia.

5-PM buat tak tahu jer pengumuman dia, cuma suruh tunjuk bukti dulu. Semua rancangan kerajaan berjalan seperti biasa. 

6-Kalau 22 tahun dulu dia buat pengumuman begini, rasanya malam semalam dah penuh manusia di perkarangan Parlimen atau depan Istana Negara, rakyat sokong dan tunggu desak YDPA. Tapi sekarang, mungkin orang berkumpul sebab nak sekeh kepala dia. Buat kacau jer. FRU pun tak keluar sebab dah tahu takde orang nak main polis sentri.

7-Riwayat yang paling kuat kata jumlah MP yang menyokong untuk menjadikan dia mempunyai sokongan majoriti ialah 131 orang. Haritu jumlah kontrak 'lunding telus' yang diluluskan PH ialah 101. Hai kalau betullah angka ni, nampaknya suka benar orang PH ni main dengan nombor SATU depan SATU belakang.

8-Tiada parti komponen PH yang kelihatan bersama dalam sidang media semalam, namun suara sokongan dari kejauhan, disuarakan. Dia juga menyebut beberapa kali berkenaan mengutamakan Islam dan Melayu. Sepatutnya pengumuman sebegini, bawalah sekali DAP, parti sahabat terkuat PH. Atau tak sesuai nak sebut pasal Islam dan Melayu kalau DAP ada? Pan pun takut nak hadir sebab 'ada DAP di wajahnya' (macam lagu Nash pulak).

9-Dia kata MP yang akan sertai dia ada sebahagiannya dari BN. Tiada lagi istilah 'Kerajaan Pintu Belakang', 'Tebuk Atap' sebab sokong dia. Tapi aku pula bila sebut BN, terus teringat, ke manalah anak derhaka nak lari nanti, sebab mungkin dijadikan pelacur oleh BN šŸ˜†

10-Harap dia tangguh dulu perjumpaan dengan YDPA bagi memohon perkenan mengangkat dirinya menjadi PM sekurang-kurangnya tiga tahun, supaya anak derhaka boleh ambil diploma dulu kalu tak degree pun, sebelum dilantik semula menjadi Timbalan Menteri. Diploma zumba bawah pokok sena...šŸ˜†

11-Kau tak rasa ke dia ni macam Raja Bomoh? Dah berapa kali membomoh, tak jadi-jadi. Tapi at least Raja Bomoh ikut jugaklah nasihat ulamak suruh bertaubat, dan bertaubat walaupun buat balik lepas tu. Dia ni tak tahu nak taubat, tahu buat adalah.

Info bonus....

-Tahu tak yang Pan Kelantan tengah berkelahi, duk kutuk mengutuk, londeh melondeh sama sendiri,? Haaa tengoklah sendiri kalau tak percaya. Itulah akibatnya kalau dicampur antara jin dan manusia jadi ahli dalam satu parti, tak boleh bersama, berkelahi sebab alam lain-lain šŸ˜œ

Mohd Nasir Abdullah
24 September 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo