Pilihlah tadika yang mempunyai rekod kejayaan, anda boleh tahu dengan melihat keadaan di dalam tadika tersebut, selalunya pihak tadika akan paparkan kejayaan tadika.
Cara lain ialah dengan bertanya pada jiran atau masyarakat setempat, terutama yang dah lama tinggal di tempat anda. Tentu mereka tahu kejayaan tadika berhampiran.
2.Silibus pembelajaran di tadika yang diiktiraf dan terbaik!
Anda boleh semak dengan pengusaha tadika. Selalunya kita menyatakan hasrat untuk hantar anak ke sesebuah tadika, mereka akan berikan pamplet yang tunjukkan silibus pembelajaran.
Cuba bandingkan dengan silibus tadika lain. Anda boleh nampak kelebihan sesebuat tadika dengan membuat perbandingan ini.
3.Kawasan tadika yang bersih.
Aspek penting jika mahu hantar anak anda ke sesebuah tadika untuk belajar dan bukannya untuk dapat penyakit. Persekitaran yang bersih bukan sahaja untuk kesihatan anak, tetapi juga mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
4.Lokasi tadika yang dekat dengan rumah/ dalam perjalanan ibubapa ke tempat kerja.
Mahu jimat kos pengangkutan, pilih tadika yang dekat dengan kediaman anda, atau yang mudah untuk anda hantar/ambil dari tadika. Kebanyakkan tadika sekarang berada dalam kawasan perumahan.
5.Faktor keselamatan anak-anak yang dijadikan keutamaan.
Cuba buat sedikit tinjauan keadaan dalam tadika dan persekitaran. Paling penting ialah anda lihat peralatan yang digunakan untuk pembelajaran anak-anak. Adakah ianya selamat?
Keadaan tempat keluar masuk, kedudukan tandas, kedudukan dapur/ruang masak/ruang makan mestilah tidak membahayakan. Lihat juga kelengkapan untuk memadam api, selain first-aid-kit.
6.Pendekatan pengajaran yang cekap (Cara guru yang terlatih dan berpengalaman mengajar).
Cuba kenali tenaga pengajar dari segi kelayakan dan pengalaman.Sesekali perhatikan cara guru itu mengajar di dalam kelas.
7.Suasana tadika yang membuatkan anak-anak rasa selesa untuk belajar.
Keselesaan penting supaya anak-anak tidak mudah terganggu dalam proses belajar. Anda kena lihat kemudahan seperti kerusi, meja, alatan pengajaran dan yang seumpamanya.
Cuba dapatkan tadika yang jauh dari kesibukan kenderaan atau bangunan berhampiran.Kalau boleh anda boleh bertanya kepada anak anda samada mereka suka atau tidak dengan suasana tadika tersebut.
8.Guru yang disenangi murid dan berkeperibadian mulia (buat anak rasa tak sabar nak pergi tadika).
Anda boleh tahu dan lihat bagaimana penerima anak anda pada guru ketika pertama kali bawa anak ke tadika. Lihat bagaimana guru berinteraksi dengan anak anda dan juga anak-anak tadikan yang lain.
Guru yang disenangi anak-anak tadika akan membuatkan keadaan tadika ceria dan menyerlah.
9.Tadika yang menitikberatkan pendekatan islamik.
Sebagai ibu bapa yang beragama Islam, pastilah pendekatan ini menjadi keutamaan dalam menghantar anak ke tadika.
Anak anda bukan sekadar belajar akademik, tetapi juga akan diajar mengenai adab mulia, ciri seorang muslim yang baik dan halal-haram dalam Islam.
10.Teknik mengajar yang “friendly” dan berjaya memudahkan anak-anak faham ketika belajar.
Bukan semua teknik mengajar itu sesuai dengan anak kita. Jadi, anda kena pastikan tadika yang dipilih itu dapat diterima oleh anak anda supaya mereka boleh belajar dengan faham dan baik
No comments
Post a Comment