Menurut Takiyuddin, jika Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti.
ŲŖŲ§ŁŁŁŁŲÆŲÆŁŁ ŚŲ§ŲØŲ± ŁŲ±Ų§Ų¬Ų£Ł Ś¤ŁŁŲ§Ł Ś¤ŁŁŚ ŁŁŲ³ŁŚ ŁŁ Ų§Ł
Ś¤ŲŖ ŁŲ±ŁŲ³Ł ŲÆŁŁŲ§Ł Ų§ŁŁŲÆŚ Ł ŁŚ¬Ų±Ł Ų³ŁŚ¤Ų³ Ų§Ł
Ś¤ŲŖ Ų§ŲÆŁŁ ŁŁŁ
Ś¤ŲŖ Ś¤Ų±ŲŖŁ
Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, perlu dipinda jika undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perkara 10(1)(c) jelas menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan.
Mengulas lanjut mengenai isu lompat parti, Takiyuddin turut mencabar kerajaan Pulau Pinang supaya mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang melompat parti.
Empat kerusi DUN itu membabitkan Bertam (Khaliq Mehtab Mohd Ishaq), Teluk Bahang (Zolkifly Md Lazim), Seberang Jaya (Dr Afif Bahardin) and Sungai Acheh (Zulkifli Ibrahim), semua mereka bertindak keluar PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN).
No comments
Post a Comment