NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Transkrip Asal Wawancara YDP YADIM Mengenai Isu Tauliah.


MUDAHKAN, JANGAN PAYAHKAN

1. Wartawan telah ajukan soalan seperti berikut :

Adakah Selebriti Media Sosial Perlu Mendapat Tauliah ?

2. YDP YADIM jawab :

Satu tahap, satu keadaan, pengiktirafan dan juga tauliah yang diberikan oleh pihak kerajaan itu adalah penting untuk kita memantau dan mengawal supaya usaha dakwah itu adalah satu usaha yang terancang, kemudian (menjadi) usaha yang berkesan.

- Sebab, kalau kita tidak pantau dan kita tidak mengenakan satu peraturan yang begitu, kita bimbang nanti ianya (media sosial) akan disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

- Ia mengaku dirinya sebagai seorang pendakwah, (sebagai contoh) terutama di laman sosial yang terdedah dengan ‘fake account’, terdedah dengan ‘nick name’, yang boleh sahaja menggunakan nama tertentu, kemudian pendekatan-pendekatan yang mengelirukan.

- Kena hati-hati. Ya, kadang-kadang pada satu peringkat, pada satu lapisan, ia bercakap tentang Islam, tetapi bila masuk lapis kedua, ia telah memesongkan pemikiran umat Islam itu daripada Islam yang sebenar. Ini kita kena hati-hati.

Jadi soal pengiktirafan dan soal tauliah itu, seharusnya jadi satu mekanisme untuk memantau,

namun dalam masa yang sama, saya juga tidak bersetuju kalau sekiranya tauliah dan pengiktirafan itu dijadikan sebagai satu usaha untuk menyempit dan menghalang, menyekat gerakkerja dakwah.

Jadi harus ada penyelarasan diantara pihak yang mengeluarkan tauliah samaada kerajaan atau Majlis Agama, dengan pihak yang ingin menceburkan diri dalam bidang kuliah, ceramah, dakwah samaada di masjid surau ataupun di alam siber. 

Mestilah saling bekerjasama. Supaya nanti kita dapat pantau, supaya kita dapat mengenal pasti yang manakah (pendakwah) yang benar-benar diiktiraf ataupun yang hanya nanti menyamar. Dunia sekarang dunia fitnah, jadi kita tidak boleh nak lepas 100 peratus begitu sahaja.

Sebab itu memang suatu perkara yang diperlukan, namun mudahkan. jangan susahkan. Jangan payahkan

Umpamanya seseorang yang telah kita kenal pasti, dia graduate dari university yang diiktiraf, sebagai contoh Universiti Islam Antarabangsa, fakulti pengajian Islam atau pun Ilmu Wahyu, umpamanya. Dapat master disitu , kemudian keluar nak menyampaikan Islam, maka pihak jabatan agama, mudahkanlah dengan memberi tauliah dan pengiktirafan kepada mereka. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo