NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TERKINI: Pakistan Isytihar Kashmir Milik Islamabad

 “I will continue discussing Kashmir's cause at every international forum until Kashmir is freed from the worst human rights violation by Indian armed forces.” -PM Imran Khan, Ambassador of the people of Kashmir

TERKINI: PAKISTAN ISYTIHAR KASHMIR MILIK ISLAMABAD

1. Sejarah baru tercipta apabila Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengisytiharkan bahawa Kashmir yang dikawal India dan mempunyai majoriti penduduk beragama Islam sebagai wilayah milik Pakistan.

2. Imran Khan membuat perisytiharan ini melalui peta politik Pakistan yang baru menjelang setahun selepas New Delhi di bawah rejim nasionalis Hindu BJP pimpinan Narendra Modi membatalkan Artikel 370, sekali gus memansuhkan status autonomi di Jammu dan Kashmir.

3. India sebelum ini turut melakukan pindaan kepada Akta Kewarganegaraan 1955 pada 12 Disember lalu yang bertentangan dengan prinsip republik berkenaan, yang menjadikan ‘agama’ sebagai asas kewarganegaraan.

4. Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang baru ini hanya memberi kewarganegaraan kepada golongan pendatang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jains, Parsis dan Kristian dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan. Mereka yang beragama Islam diharamkan.

5. Menurut Imran Khan, “Hari ini ialah hari yang bersejarah buat Islamabad. Kashmir akan menjadi sebahagian daripada Pakistan dan peta ini adalah langkah pertama untuk merealisasikannya”.

6. Perdana Menteri Pakistan itu turut menggelar India sebagai ‘penindas dan penceroboh’ di mana dalam peta terkini Pakistan menandakan wilayah pertikaian tersebut sebagai ‘diduduki secara haram oleh New Delhi’.

7. Untuk rekod, pada Februari 2019 Pakistan telah menembak jatuh dua jet pejuang India MIG21 Bison yang menceroboh ruang udara mereka di Kashmir buat pertama kalinya sejak Perang Pakistan-India 1971.

8. Langkah berani Pakistan ketika itu sememangnya tepat kerana India telah bertindak di luar batasan dengan bukan sahaja mencerobohi ruang udara Pakistan, bahkan melakukan empat pengeboman besar-besaran dengan saiz 1000 kilogram bom (SPICE 2000 buatan Israel yang juga digunakan di Syria) di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, iaitu di kampung Jaba, 10 kilometer dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

9. Ternyata, langkah terbaru Imran Khan mengisytiharkan Kashmir sebagai wilayah Pakistan ini disokong majoriti warga Kashmir sendiri yang telah dihapuskan autonomi mereka oleh India.

Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo