Slim River : Sehingga jam 7.20 petang tadi, berdasarkan kiraan tidak rasmi, calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Slim telah memperoleh 9,980 undi.
Dengan mengambil kira 73 peratus yang keluar mengundi, BN boleh di anggap telah memenangi PRK berkenaan.
Berdasarkan undian yang dikira setakat ini, BN sudah meraih undi melebihi jumlah undi yang diterimanya semasa pilihan raya umum (PRU) 2018.
Calon bebas yang mewakil Pejuang dipercayai memperoleh sekitar 13.5 peratus undi setakat ini.
Sekiranya jumlah undi yang diterima di bawah 12.5 peratus, dia akan kehilangan depositnya.
PRK Slim menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz, calon yang disokong Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dan seorang lagi calon bebas, Santharasekaran yang merupakan bekas guru.
PRK itu diadakan berikutan kematian ahli parlimennya, Mohd Khusairi Abdul Talib, dari BN, akibat serangan jantung, 15 Julai lalu.
No comments
Post a Comment