NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Solat di belakang imam fasiq

 Image may contain: 2 people, crowd, text that says 'SOLAT DIBELAKANG IMAM FASIQ jom belajar agama ustaz azhar idrus'

SOALAN :

Saya ada persoalan tentang imam yang fasik adakah sah kita sembahyang sebagai makmumnya?


JAWAPAN :

Tidak semua orang yang melakukan dosa itu menjadi fasiq.

Antara sebab yang menjadikan fasiq seseorang itu ialah apabila dia ada melakukan dosa besar seperti meninggalkan sembahyang atau tidak membayar zakat dan minum arak dan berzina dan berjudi dan berbuat zalim sekali pun terhadap haiwan dan mengumpat dan menfitnah dan suami yang tidak memberikan nafaqah dengan sengaja dan isteri yang meminta cerai dan lain-lain lagi.

Ada pun orang yang melakukan dosa kecil seperti melihat suatu yang haram atau memegang tangan bukan mahram dan seumpamanya tidaklah menjadi fasiq melainkan dilakukan dosa itu berulang-ulang kali atau dilakukan dengan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

Tersebut pada Majlis Fatwa Jordan :

لكن المعاصي درجات؛ منها الكبائر، ومنها الصغائر، ومنها ما يجاهر بها صاحبها، ومنها ما لا يجاهر. فالمجاهر بالمعصية فاسق، وقد اختلف العلماء في صحة الصلاة خلفه، والمعتمد أن الصلاة خلفه صحيحة، فقد صلى الصحابة خلف الحجاج وهو ظالم فاسق.

Artinya “ Akan tetapi maksiat-maksiat itu ada beberapa darjat. Setengah dari maksiat itu dosa besar dan setengah daripadanya dosa kecil. Dan setengah dari maksiat itu ialah yang dilakukan dengan menunjuk-nunjuk kepada khalayak dan setengahnya dilakukan dengan sembunyi.

Maka pelaku maksiat secara menunjuk-nunjuk atau dilakukan dihadapan orang itu fasiq. Dan telah besalahan oleh ulamak pada sah atau tidak sembahyang dibelakang orang fasiq.

Dan pendapat yang muktamad sungguhnya sembahyang dibelakang imam fasiq itu sah ia. Maka sungguhnya telah sembahyang oleh sahabat r.a. di belakang Hajjaj sedangkan dia adalah seorang yang zalim dan fasiq.”

Dan fuqahak berkata bahawa jika ada imam yang selainnya yang tidak fasiq maka afdhal sembahyang dibelakangnya.

wallahua’lam

FB ustaz azhar idrus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo