Abdul Mu'izz Muhammad
10 Ogos 2020.
Orang Cina berpegang bahawa ekonomi adalah kuasa penentu negara. Orang Melayu pula memahami bahawa politik adalah kuasa utama mereka. Jika dibandingkan praktis relasi politik demokrasi-kapitalis yang diamalkan dalam banyak negara, kita akan fahami bahawa parti-parti politik lebih tertumpu berkhidmat demi kepentingan oligarki, bukan rakyat.
Oligarki terdiri dalam kalangan golongan yang memiliki sejumlah kekayaan, guna untuk melobi & membiaya kelompok-kelompok politik. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membeli kuasa politik, agar aktiviti ekonomi mereka sentiasa terjaga.
Disebabkan itu oligarki sangat kebal & utama bagi politikus. Maka tidak peliklah jika rakyat bawahan mengadu berkenaan hal jenayah yang membabitkan kepentingan oligarki, ia hanya disenyapkan. Mengapa oligarki kebal? Kerana merekalah yang menternak kelompok politik. Politikus pula terlibat dalam politik memang sebab ingin cari makan. Sementara retorik-retorik mereka hanyalah untuk membeli jiwa rakyat.
Walaupun demikian, ini bukanlah bermaksud kita boleh rumuskan bahawa semua kelompok politik adalah makhluk yang diternak dengan duit. Namun kita perlu sedar, sememangnya realiti tabiat politik akan membawa seseorang agar mengutamakan kuasa material lebih dari segalanya.
No comments
Post a Comment