NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ragu Keluar Mani atau Mazi


SOALAN :
Jika keluar cecair dari kemaluan tetapi ragu adakah air mani atau air mazi adakah wajib mandi?

JAWAPAN :
Air mani dapat dikenali dengan sifatnya yang berwarna keruh manakala air mazi pula jerneh dan air mani itu sifatnya kasat manakala air mazi itu sifatnya licin.
Berdasarkan sifat-sifat ini boleh dikenali adakah ia mani atau mazi.
Jika mani maka wajib mandi hadas dan jika mazi maka wajib dibasuh dan berwuduk jika hendak solat.
Tetapi jika ragu hendak menentukan yang mana satu kerana kesamaran sifatnya maka boleh diputuskan antara mani atau mazi.
Jika diputuskan mani maka wajib mandi hadas dan sebaliknya jika diputuskan mazi maka wajib basuh dan berwuduk.
Telah berkata oleh Syeikh Bujairimi :
ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų§ُŲ­ْŲŖُŁ…ِŁ„َ ŁƒَŁˆْŁ†ُ Ų§Ł„ْŲ®َŲ§Ų±ِŲ¬ِ Ł…َŁ†ِŁŠًّŲ§ Ų£َŁˆْ ŲŗَŁŠْŲ±َŁ‡ُ ŁƒَŁˆَŲÆْŁŠٍ Ų£َŁˆْ Ł…َŲ°ْŁŠٍ ŲŖَŲ®َŁŠَّŲ±َ ŲØَŁŠْŁ†َŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲŖَŁ…َŲÆِ، ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų¬َŲ¹َŁ„َŁ‡ُ Ł…َŁ†ِŁŠًّŲ§ Ų§ŲŗْŲŖَŲ³َŁ„َ Ų£َŁˆْ ŲŗَŁŠْŲ±َŁ‡ُ ŲŖَŁˆَŲ¶َّŲ£َ ŁˆَŲŗَŲ³َŁ„َ Ł…َŲ§ Ų£َŲµَŲ§ŲØَŁ‡ُ؛ Ł„ِŲ£َŁ†َّŁ‡ُ Ų„Ų°َŲ§ Ų£َŲŖَŁ‰ ŲØِŁ…ُŁ‚ْŲŖَŲ¶َŁ‰ Ų£َŲ­َŲÆِŁ‡ِŁ…َŲ§ ŲØَŲ±ِŲ¦َ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ ŁŠَŁ‚ِŁŠŁ†ًŲ§
Artinya : “Maka jika berkemungkinan keadaan cecair yang keluar itu mani atau lainnya seperti wadi atau mazi nescaya boleh memilih antara keduanya atas qaul yang muktamad. Maka jika ditentukannya sebagai mani nescaya hendaklah ia mandi atau ditentukannya mazi maka hendaklah dia berwuduk dan membasuh apa yang mengenainya dari kerana sungguhnya apabila dia menghendaki salah satu dari keduanya nescaya lepaslah dari yang satu lagi secara yakin.” (Kitab Hasyiah Jamal)

KESIMPULAN
Jika diragui cecair yang keluar itu adakah ia air mani atau mazi maka hendaklah dipilihnya salah satu yaitu jika dihukumkan sebagai mani maka wajib dia mandi hadas dan sebaliknya jika ditentukan sebagai mazi maka wajib atasnya wuduk dan membasuhnya kerana mazi itu najis ia.
wallahua’lam
( Hide )
  1. Ustaz saya ragu ragu air mazi terkena jubah saya lepastu saya tak basyh jubah tu lepastu saya tidur dekat atas katil Dan selimutkan diri saya jadi selimut tu ada najis ke ustaz ? Atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah najis , tapi sng je nk basuh awk bole renjiskan air or lalukan air.

      Delete
  2. Saya keluar air mani dengan sengaja selepas itu saya mandi wajib.Selepas habis mandi wajib saya pakai baju dan periksa jika ada cecair keluar atau tidak dari kemaluan saya.Tiada cecair yang keluar tetapi ada bau dia.Selepas itu saya mandi la lagi sekali takut buat silap dan masih berbau lagi.apa hukum dia

    ReplyDelete
  3. Ustaz adakah dikira baligh jika keluar air mazi

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo