SOALAN :
Ada setengah masjid ketika khutbah sedang disampaikan digerakkan tong derma dihadapan tiap-tiap saf supaya hadirin memberi sumbangan.
Adakah boleh mengutip sumbangan derma ketika khutbah sedang disampaikan?
JAWAPAN :
Hukum mengutip derma ketika khutbah sedang disampaikan pada hari jumaat adalah makruh kerana mengganggu tumpuan hadirin untuk mendengar khutbah.
Dan begitu juga dimakruhkan diedarkan surat memungut derma atau kertas pemberitahuan atau makluman dikalangan jemaah pada ketika khutbah disampaikan.
Berkata Syeikh Sulaiman Jamal :
ŁŁŁŲ±Ł Ų§ŁŁ Ų“Ł ŲØŁŁ Ų§ŁŲµŁŁŁ ŁŁŲ³Ų¤Ų§Ł ŁŲÆŁŲ±Ų§Ł Ų§ŁŲ„ŲØŲ±ŁŁ ŁŲ§ŁŁŲ±ŲØ ŁŲ³ŁŁ Ų§ŁŁ Ų§Ų” ŁŲŖŁŲ±ŁŲ© Ų§ŁŲ£ŁŲ±Ų§Ł ŁŲ§ŁŲŖŲµŲÆŁ Ų¹ŁŁŁŁ ؛ ŁŲ£ŁŁ ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ§Ų³ Ų¹Ł Ų§ŁŲ°ŁŲ± ŁŲ§Ų³ŲŖŁ Ų§Ų¹ Ų§ŁŲ®Ų·ŲØŲ© Ų§ ŁŁ . ŲØŲ±Ł Ų§ŁŁ .
Artinya : “Dan dimakruhkan berjalan di antara segala saf kerana meminta (dari hadirin) dan mengedarkan kendi dan bekas minuman supaya diminum airnya dan membahagikan surat-surat memungut sedekah atas mereka kerana sungguhnya ia melalaikan manusia dari zikir dan mendengarkan khutbah.” (Kitab Hasyiah Jamal)
wallahua’lam
No comments
Post a Comment