NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertumbuhan ekonomi ASEAN Campur 3 lebih perlahan berbanding krisis kewangan Asia

KUALA LUMPUR: Proses pemulihan ekonomi dalam kalangan negara anggota ASEAN (ASEAN+3) diunjur lebih perlahan susulan penularan pandemik COVID-19 di rantau ini.

Pejabat Kajian Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) melihat China akan memimpin proses pemulihan di rantau ini.

Malah, pemulihan ekonomi berperingkat berbentuk 'U' itu yang hanya akan diterjemah pada separuh kedua tahun hadapan.

Ketua Ekonominya, Dr Hoe Ee Khor berkata pertumbuhan ekonomi serantau dijangka tumbuh perlahan kepada 0.1 peratus daripada 4.8 peratus pada 2019 sebelum kembali kukuh kepada 6.0 peratus pada 2021.



"Ini adalah kali pertama rantau ini dilanda pertumbuhan (ekonomi) negatif, yang seingat saya terakhir sejak krisis kewangan Asia.

"Bagaimanapun, tahun hadapan kita berharap ekonomi akan kembali pulih dalam keadaan kukuh dan kami jangkakan pandemik ini dapat dikawal dengan baik pada separuh kedua tahun ini dan ekonomi akan kembali pulih pada tahun hadapan.

"Bagi rantau ini (ASEAN+3) secara keseluruhan akan berlaku pertumbuhan enam peratus dan ASEAN adalah 5.7 peratus.

"Namun, 5.7 peratus tidak akan mengembalikan semula trend kadar pertumbuhan sebelum ini. Ia akan mengambil masa mungkin setahun lagi sebelum ia pulih sepenuhnya seperti sebelum penularan COVID-19," katanya pada sesi taklimat media yang dijalankan secara maya hari ini.


Pakej rangsangan ekonomi serta kapital sistem perbankang di kalangan anggota ASEAN+3 - Foto Laporan AMRO

Tambahnya, ekonomi melibatkan sembilan daripada 14 anggota ASEAN+3 dijangka menyusut tahun ini di mana hanya China serta anggota ekonomi ASEAN yang kecil iaitu Brunei, Lao, Myanmar dan Vietnam akan menunjukkan pertumbuhan positif.

Peningkatkan semula jangkitan COVID-19 di beberapa negara rantau ini telah meningkatkan kewaspadaan mengenai pelaksanaan sekatan keluar masuk (lockdown) di mana ASEAN+3 tidak mampu lagi mendepaninya walaupun kebanyakan negara masih mempunyai ruang fiskal dan monetari untuk menampan impak tersebut.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo