BEIRUT: Letupan kuat di pelabuhan Beirut menggegarkan ibu kota Beirut dengan sekurang-kurangnya 78 orang dilaporkan terbunuh manakala hampir 4,000 cedera dan ramai lagi hilang
Kejadian pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang dekat pelabuhan itu memusnahkan beratus-ratus kediaman dan bangunan dalam jarak hampir 10 kilometer, termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri.
CNN melaporkan gegaran itu berkekuatan sehingga 3.3 skala richter.
Antara yang terbunuh adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, gudang itu menyimpan ammonium nitrat.
Angka kematian dijangka meningkat.
-- 1Media
No comments
Post a Comment