Ada dua peristiwa yang hampir sama kejadian dan nama, tetapi dilayan dengan berbeza sekali. Beberapa minggu lepas kita dengar kisah tentang Ayasofya atau Hagia Sophia yang dikembalikan fungsinya sebagai masjid setelah 86 tahun lalu ditukar menjadi muzium.
Kedengaran suara-suara kecaman, kritikan, kutukan dari negara-negara luar Turki yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang jahat kerana ia adalah simbol kepada agama Kristian sebelum Turki ditakluk oleh Muhammad al-Fateh.
Tetapi kritikan itu ditepis oleh pentadbiran Turki dengan mengatakan penghinaan itu adalah bukan sahaja kepada Turki, seluruh umat Islam. Memcampuri urusan dalam Turki juga adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.
Bukan Greece sahaja yang mengkritik, malahan beberapa negara lain, turut sama membuat kecaman terhadap Turki bagi isu ini. Alhamdulillah semuanya semakin kendur kerana ketegasan Turki melawan campur tangan negara luar.
Hagia Sophia yang telah jelas dibeli oleh Sultan Muhammad al-Fateh, tetap juga dijadikan masjid. Sama dengan kejadian beberapa gereja yang sudah tidak digunakan pada zaman sekarang, dibeli oleh orang Islam, lantas ditukarkan menjadi masjid. Marah macamana sekalipun pembelian itu sah di sisi undang-undang.
Manakala hanya pada Rabu lalu, 5 Ogos 2020, bertempat dia Ayodhya (hampir sama dengan sebutan Ayasofia), Uttar Pradesh, India, bekas tapak Masjid Babri yang dirobohkan oleh puak pelampau Hindu dan mengorbankan kira-kira 2000 orang pada tahun 1992, telah berlangsungnya upacara meletakkan batu asas bagi pembinaan Kuil Ram oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Pembinaan kuil ini diteruskan setelah mendapat kebenaran dari Mahkamah India, disebalik bantahan orang Islam. Berkebetulan juga tarikh 5 Ogos ini, bertepatan dengan setahun pindaan akta 370 iaitu penghapusan kedudukan status khas penduduk Jammu-Kashmir yang majoritinya Islam.
Kuil Ram ini dibina atas tumpahan darah orang Islam dan runtuhan Masjid Babri, hanya kerana ia DIPERCAYAI sebagai tempat kelahiran Dewa Ram. Ianya tiada bukti tetapi dirampas dengan begitu tragis sekali. Lihat bagaimana DAP menyalak ketika sebuah kuil haram dirobohkan di Kedah baru-baru ini. Mengapa pula mereka diam untuk isu ini?
Dan juga, mana suara negara-negara luar yang mengecam tindakan kerajaan India ini. OIC juga tidak terdengar mengutuk tindakan ini. India, atas nama agama, seperti bebas berbuat apa sahaja, bahkan membunuh nyawa manusia.
Parti memerintah India ialah Bharatiya Janata Party (BJP) iaitu sebuah parti yang didukung oleh agamawan Hindu. Mereka menghadapi kesulitan untuk menang dahulu ketika mana terlalu menonjolkan parti mereka sebagai pro-Hindu berbanding parti memerintah, Parti Kongres yang dilihat lebih moderat.
Kongres kalah bukan kerana rakyat terlalu menyukai BJP tetapi kelemahan pemimpin Parti Kongres, terutama Rahul Ghandi yang amat jauh untuk dibandingkan karismanya dengan ayah, nenek dan moyangnya. Dan tidak kurang juga kerana terlalu banyak penyelewengan yang dibongkar. Manakala ibu Rahul, Sonia, seorang rakyat Itali, didakwa sebagai menguasai pentadbiran yang ketika itu diketuai oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh.
Sekarang BJP menang. Menang dengan majoriti 2/3. Dan benar, mereka sememangnya pro-Hindu. Kuil Ram pun berjaya dibina setelah puluhan tahun menanti. Di Turki juga begitu, Hagia Sophia kembali dijadikan masjid. Cuma beza, cara BJP ialah membunuh dan memusnahkan sementara Turki pula membeli, tanpa membunuh. Ia ada dalam catatan sejarah. Sememangnya besar sekali kuasa politik. Pemimpin dapat menguasai agama rakyatnya juga.
Kata Saidina Umar:
Ų§ŁŁَŲ§Ų³ُ Ų¹َŁَŁ ŲÆِŁŁِ Ł ُŁُŁŁِŁِŁ ْ
Maksudnya: “Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya.”
Jadi adakah anda masih terfikir tentang konsep sekularisme diamalkan oleh pemimpin bukan Islam? Politik suku, agama suku? Fikirkanlah sekali lagi. Bukankah ia begitu jelas mereka mendukung agama mereka? Sedarlah wahai saudaraku.
9 Ogos 2020
No comments
Post a Comment