Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini menjadi satu lagi krisis politik Negeri Di Bawah Bayu ini yang menonjolkan persaingan kuasa antara Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang dijangka bukan sahaja akan menjadi sangat getir, bahkan situasi dan suhu politiknya pasti berbeza dengan pilihan raya umum (PRU) lalu.
Fenomena lompat parti sudah pasti menghantui pengundi. Dalam hal ini, terdapat tanggapan bahawa undi rakyat dijadikan bahan komoditi oleh politikus. Justeru, sudah ada seruan supaya pengundin memboikot pilihan raya kali ini. Ini adalah tamparan hebat kepada calon dan parti yang bertanding.
Kepimpinan Warisan-Pakatan Harapan (PH)-Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mendakwa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat didalangi oleh Musa untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Hal ini dianggap sebagai rampasan kuasa yang membelakangkan mandat rakyat.
Bagaimanapun, bagi Barisan Nasional (BN) dan UMNO, pengkhianatan oleh UPKO adalah punca kepada krisis politik di Sabah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Isu 'katak' sudah terpalit dalam kalangan politikus negeri ini.
Kedua-dua Shafie dan Musa berhadapan dengan defisit kepercayaan daripada rakyat. Sedemikian juga kepada kebanyakan ahli politik negeri ini yang dianggap sangat mudah melompat ke sana ke sini.
Lalu timbul persoalan, adakah mungkin senario ini akan memberi ruang kepada blok politik ketiga yang menawarkan pilihan yang baharu kepada rakyat khususnya kemunculan pemimpin muda dengan platfrom yang berbeza?
Krisis politik yang melanda negeri ini memberi kesan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. Soal legitimasi kerajaan WARISAN-PH-UPKO dipertikai dari awal lagi.
Rakyat menilai pencapaian mereka selama hampir 28 bulan menjadi kerajaan. Insiden lompat yang berlaku sehingga membawa kepada pembubaran DUN seumpama menabur gula kepada parti WARISAN dan sekutunya. Rakyat mungkin berasa simpati kepada Shafie dan marah terhadap Musa serta sekutunya.
Namun bagi BN, UMNO dan sekutunya, mereka melihat bahawa kerajaan WARISAN-PH-UPKO lemah serta gagal menjalankan fungsi kerajaan. Malah mereka tidak mengotakan janji-janji mereka seperti yang dilaungkan dalam manifesto semasa PRU-14. Mereka mendakwa mandat rakyat telah dikhianati pada PRU-14. Justeru WARISAN-PH-UPKO tidak layak bercakap soal mandat rakyat.
Apa jua alasan dan justifikasi, apa yang pasti ialah kempen pilihan raya nanti akan mempersembahkan pelbagai isu, hujah, kritikan malah pembunuhan karakter daripada calon dan parti politik yang bertanding.
Mungkin ia juga bakal menjadi pilihan raya paling berserabut dalam sejarah Sabah.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Kampus Sabah, Cawangan Kota Kinabalu.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autis...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment