ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk menghapus kira sebanyak RM110 ribu hutang peminjam Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi kategori peminjam yang meninggal dunia, peminjam yang hilang upaya kekal dan peminjam yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.75 dan ke atas. Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Besar Kedah di sidang media bertempat di Wisma Darul Aman sebentar tadi.
Waris kepada setiap peminjam yang meninggal dunia dan peminjam yang mempunyai sakit yang kronik hendaklah menghantar borang permohonan kepada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah untuk dipertimbangkan kelonggaran bagi bayaran balik.
Umum beliau lagi, Kerajaan Negeri membuat potongan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pembayar yang berjaya melangsaikan bayaran penuh bermula September hingga akhir tahun 2021 ini.
Beliau memaklumkan juga bahawa peminjam yang mendapat PNGK 3.5 hingga 3.74 berhak mendapat potongan bayaran sebanyak 50 peratus.
Menurutnya, “kita juga dapat permohonan dari pelajar-pelajar cemerlang yang dapat PNGK lebih 3.75, maka kita harus kira berdasarkan persetujuan masa kita beri pinjaman. Mana-mana pelajar cemerlang yang mengambil pinjaman daripada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah akan dihapus kira termasuk pelajar yang mendapat 3.5 ke atas kita ada potongan 50 peratus menjadi biasiswa. Ada yang akan dipotong 25 peratus menjadi biasiswa.”
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
No comments
Post a Comment