ALOR SETAR - ADUN Ayer Hangat YB Juhari Bulat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilantik sebagai Speaker DUN Kedah yang baharu. Manakala Timbalan Speaker DUN Kedah pula ialah ADUN Pantai Merdeka YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Perkara ini diputuskan dalam Persidangan kedua penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kali ke-14 yang berlangsung di Wisma Darul Aman hari ini.
No comments
Post a Comment