NOTIS:
Kalau banyak makan daging waktu raya, amalkan petua ini untuk turunkan tahap kolesterol
Hujung minggu lalu kita akan merai hari raya Aidil Adha. Kebiasaannya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, leom atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yg boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Sumber: https://www.facebook.com/drsuriroowi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment