SOALAN :
Dalam masalah pembahagian harta pesaka selepas kematian orang tua ada setengah orang yang Islam mempertikaikan tentang pembahagian mengikut faraidh yaitu mereka seperti tidak setuju harta mereka dibahagikan mengikut faraidh.
Apah hukumnya seorang Islam yang tidak setuju dengan hukum faraidh?
JAWAPAN :
Islam artinya menyerah dan menerima segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan segala hukum yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw di dalam hadith-hadithnya.
Siapa yang tidak suka dengan hukum yang telah datang di dalam Quran dan hadith sungguhnya dia adalah seorang yang fasiq dan telah melakukan maksiat yang sangat besar.
Begitu juga dengan hukum faraidh yang telah ditetapkan oleh Allah pada pembahagian harta peninggalan si mati.
Allah Taala telah berfirman :
ŲŖِŁْŁَ ŲُŲÆُŁŲÆُ Ų§ŁŁŁِ ŁَŁ َŁْ ŁُŲ·ِŲ¹ِ Ų§ŁŁŁَ ŁَŲ±َŲ³ُŁŁَŁُ ŁُŲÆْŲ®ِŁْŁُ Ų¬َŁَّŲ§ŲŖٍ ŲŖَŲ¬ْŲ±ِŁ Ł ِŁْ ŲŖَŲْŲŖِŁَŲ§ Ų§ŁْŲ£َŁْŁَŲ§Ų±ُ Ų®َŲ§ŁِŲÆِŁŁَ ŁِŁŁَŲ§ ŁَŲ°َŁِŁَ Ų§ŁْŁَŁْŲ²ُ Ų§ŁْŲ¹َŲøِŁŁ ُ * ŁَŁ َŁْ ŁَŲ¹ْŲµِ Ų§ŁŁŁَ
ŁَŲ±َŲ³ُŁŁَŁُ ŁَŁَŲŖَŲ¹َŲÆَّ ŲُŲÆُŁŲÆَŁُ ŁُŲÆْŲ®ِŁْŁُ ŁَŲ§Ų±ًŲ§ Ų®َŲ§ŁِŲÆًŲ§ ŁِŁŁَŲ§ ŁَŁَŁُ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٌ Ł ُŁِŁŁٌ
Artinya : “Bermula itulah(pembahgian harta mengikut faraidh itu) adalah hudud (sempadan hukum) Allah dan siapa yang taat akan Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah akan masukkannya ke dalam syurga-syurga yang berlari mata air di bawahnya yang adalah mereka itu kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu adalah kemenangan yang sangat besar. Dan siapa yang derhaka akan Allah dan Rasul-Nya dan melampau ia akan batas hudud Allah nescaya Allah akan masukkannya akan neraka yang mereka itu kekal di dalamnya dan baginya azab yang sangat pedih.” (An-Nisaa’ 12 & 13)
Didalam ayat ini Allah menyebut siapa dari orang Islam yang tidak mahu taat dan menerima peraturan pembahagian harta mengikut faraidh yang telah dijelaskan di dalam Quran itu maka dia akan dimasukkan di akhirat nanti ke dalam api neraka dan jika dia tidak mahu beriman dengan hukum faraidh ini sebagai hukum yang adil dari Allah nescaya jadilah dia orang yang kafir kekal di dalam api neraka.
wallahua’lam
No comments
Post a Comment