SUNGAI PETANI: Sebanyak 23 masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka termasuk empat masjid yang diarahkan tutup disanitasi bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, usaha itu dilakukan oleh Pusat Khidmat ADUN Pantai Merdeka dengan kerjasama Kumpulan Belia DUN Pantai Merdeka.
"Program sanitasi ini kali pertama dianjurkan pusat khidmat sejak negara dilanda wabak ini dan sebagai tanda sokongan kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.
"Semua masjid di DUN Pantai Merdeka termasuk empat masjid di Mukim Pekula yang diarahkan tutup berikutan terdapat kes aktif COVID-19 turut di sanitasi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Fadzli berkata, proses sanitasi itu dilakukan bermula Isnin lalu, dijangka selesai sepenuhnya hari ini.
Katanya, beberapa kawasan tumpuan seperti Pasar Bisik Kota Kuala Muda dan beberapa pusat pengajian Islam turut disanitasi.
Beliau mengingat orang ramai mematuhi arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
No comments
Post a Comment