1. Tamparan hebat kepada kita dan seluruh umat Islam hari ini apabila sebentar tadi Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengiktiraf Israel dan seterusnya akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.
2. [Terkini] Baru sahaja disahkan, UAE bukan saja mengiktiraf Israel, tetapi juga sudah bersetuju untuk membuka kedutaan di Israel dan membenarkan Israel untuk membuka kedutaan di negara mereka.
3. Sebagai timbal balas, Israel akan 'menangguhkan' rancangan mereka untuk mengilhak (annex) Tebing Barat Palestin.
4. Rancangan ini mendapat restu dan sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja 'Deal of the Century'.
5. Pengumuman ini menjadikan UAE sebagai negara Arab ketiga yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir (1979) dan Jordan (1994).
6. Untuk rekod, UAE sememangnya berkongsi pelbagai kepentingan dan pendirian Asia Barat kontemporari dengan Israel antaranya memusuhi Ikhwan Muslimin (yang berjaya ditumbangkan menerusi rampasan kuasa Mesir pada 2013).
7. Zionis Israel tentulah menganggap perkembangan ini sebagai kejayaan besar bagi mereka mengekalkan wilayah Palestin yang telah mereka rampas secara haram melalui Perang 1967.
8. Perkembangan ini turut memberi kesan kepada perjuangan Palestin untuk bernegara, mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka, apatah lagi untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas sejak 1948 dan 1967.
9.Sama-sama kita doakan semoga tindakan UAE ini tidak diikuti negara Arab dan negara Islam yang lain. Dalam masa yang sama, semoga ia menguatkan semangat umat Islam di seluruh dunia dan para pemimpin Palestin khususnya bagi terus berusaha dengan lebih keras demi wilayah suci ketiga umat Islam ini.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
No comments
Post a Comment