Anak kelahiran Hulu Terengganu itu menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Ma'unah pada 2000.
Awie berkata, dia menyertai Pertubuhan Seni Ilmu Dalam Al-Ma'unah pada Disember 1999.
"Niat saya menyertai Al-Ma'unah kerana ingin mempelajari ilmu mempertahankan diri dan perubatan Islam saja.
"Justeru tidak menyangka ia boleh membawa kepada kegiatan pengganas seperti itu," katanya
Dia berkata, dia dan beberapa rakan lain dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat.
PEGAWAI penjara sedang melihat Awie menjalani kerja mengukir kayu. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
"Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Tuhan dan mengambilnya secara positif dan penuh hikmah.
"Pada mulanya tertekan juga sehingga boleh menjadi gila cuma bernasib baik kerana masih mengamal agama, solat dan membaca al-Quran.
"Amalan agama saja yang boleh membuatkan hati saya tenang dan menerima segala takdir yang ditetapkan Allah dengan hati yang terbuka," katanya.
Menurutnya, selama 20 tahun dia terpaksa beraya di penjara dan berkemungkinan akan beraya di penjara sepanjang hayat sekiranya tidak mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
"Ibu sudah meninggal pada 2017 dan saya hanya mempunyai adik-beradik di kampung.
"Di penjara saya hanya menghabiskan masa dengan menjalani aktiviti mengukir kayu dan beribadat," katanya yang khatam al-Quran sebanyak tiga kali sepanjang Ramadan tahun ini.
Menurutnya, dia sudah menjalani hukuman penjara yang lama dan banyak pengajaran diperolehi dalam tempoh itu. - HMetro
No comments
Post a Comment