oleh: Ustaz Azhar Idrus
SOALAN :
Soalan saya ringkas sahaja ustaz.
Kalau banyak masjid azan sekali gus nak jawab yang mana satu?
JAWAPAN :
Menurut fuqahak jika mendengar lebih dari satu azan memadai menjawab yang mana satu darinya dan jika menjawab semuanya juga harus tetapi yang afdhal ialah menjawab azan yang pertama.
Ada pun sengaja tidak menjawab azan tanpa sebarang uzur itu makruh hukumnya.
Berkata Imam Nawawi :
ŁŲ§ŁŁ
Ų³Ų£ŁŲ© Ł
ŲŲŖŁ
ŁŲ© ŁŲ§ŁŁ
Ų®ŲŖŲ§Ų± Ų£Ł ŁŁŲ§Ł Ų§ŁŁ
ŲŖŲ§ŲØŲ¹Ų© Ų³ŁŲ© Ł
ŲŖŲ£ŁŲÆŲ© ŁŁŲ±Ł ŲŖŲ±ŁŁŲ§ ŁŲŖŲµŲ±ŁŲ Ų§ŁŲ£ŲŲ§ŲÆŁŲ« Ų§ŁŲµŲŁŲŲ© ŲØŲ§ŁŲ£Ł
Ų± ŲØŁŲ§ ŁŁŲ°Ų§ ŁŲ®ŲŖŲµ ŲØŲ§ŁŲ£ŁŁ ŁŲ£Ł Ų§ŁŲ£Ł
Ų± ŁŲ§ ŁŁŲŖŲ¶Ł Ų§ŁŲŖŁŲ±Ų§Ų± ŁŲ£Ł
Ų§ Ų£ŲµŁ Ų§ŁŁŲ¶ŁŁŲ© ŁŲ§ŁŲ«ŁŲ§ŲØ ŁŁ Ų§ŁŁ
ŲŖŲ§ŲØŲ¹Ų© ŁŁŲ§ ŁŲ®ŲŖŲµ ŁŲ§ŁŁŁ Ų£Ų¹ŁŁ
Maksudnya jika ada beberapa azan dilaungkan maka yang afdhal ialah menjawab azan yang pertama dan tidak mengapa tidak dijawab akan azan yang kedua dan seterusnya kerana asal perintah jawab azan itu hanyalah sekali sahaja. Apabila sudah dilakukan sekali pada azan yang pertama maka tidak lagi disuruh pada yang selepasnya.
Jika menjawab kesemua azan yang didengar hukumnya adalah harus dan dapat pahala setiap kalimah azan yang dia ikuti itu.
wallahua’lam
Sumber: https://www.facebook.com/ustazazhar.idrus.7/posts/3337441446315163
No comments
Post a Comment