NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BAGAIMANA DIBUAT JIKA IMAM SOLAT TERLALU LAMA?

SOALAN :

Andainya imam solat terlalu lama dan membaca surah yang panjang dan makmum ada hajat yang bersangatan adakah boleh makmum berhentikan solat dan solat sendirian?


JAWAPAN :

Jika imam solat terlalu lama dan makmum sangat berhajat untuk cepat maka makmum tersebut boleh niat mufaraqah dari imam dan solat sendirian sehingga selesai dan tidak perlu makmum tersebut memutuskan solatnya.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr :

ŁŠŲ¬ŁˆŲ² Ł„Ł…Ł† ŲÆŲ®Ł„ Ų§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© Ł…Ų¹ Ų§Ł„Ų„Ł…Ų§Ł… Ų£Ł† ŁŠŲ®Ų±Ų¬ Ł…Ł†Ł‡Ų§ ŲØŁ†ŁŠŲ© Ų§Ł„Ł…ŁŲ§Ų±Ł‚Ų© ŁˆŁŠŲŖŁ…Ł‡Ų§ ŁˆŲ­ŲÆŁ‡ Ų„Ų°Ų§ Ų£Ų·Ų§Ł„ Ų§Ł„Ų„Ł…Ų§Ł… Ų§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© . ŁˆŁŠŁ„Ų­Ł‚ ŲØŁ‡Ų°Ł‡ Ų§Ł„ŲµŁˆŲ±Ų© Ų­ŲÆŁˆŲ« Ł…Ų±Ų¶ Ų£Łˆ Ų®ŁˆŁ Ų¶ŁŠŲ§Ų¹ Ł…Ų§Ł„ Ų£Łˆ ŲŖŁ„ŁŁ‡ Ų£Łˆ ŁŁˆŲ§ŲŖ Ų±ŁŁ‚Ų© Ų£Łˆ Ų­ŲµŁˆŁ„ ŲŗŁ„ŲØŲ© Ł†ŁˆŁ… ، ŁˆŁ†Ų­Łˆ Ų°Ł„Łƒ .

Artinya : “Harus hukumnya bagi siapa yang mengerjakan solat bersama imam bahawa keluar ia dari berjemaah itu dengan niat mufaraqah dan kemudian dia sempurnakan solatnya itu sendirian apabila imam memanjangkan akan solat. Dan dihubungkan dengan masalah ini dengan datang sakit atau takut sia-sia harta atau binasanya atau ketinggalan teman-teman atau bertambah mengantuk dan seumpama yang demikian itu.” (Darul Ifta Mesir)

Kesimpulannya jika makmum mempunyai hajat untuk cepat seperti rasa hendak berhadas atau mata semakin mengantuk atau makin rasa sakit  atau seumpamanya dan imam memanjangkan solat maka makmum tersebut harus niat mufaraqah dari imam dan meneruskan solat seorang diri tanpa perlu berhentikannya.

Maksud mufaraqah ialah berniat oleh makmum di dalam hatinya untuk bercerai dari imam.

Contoh niat mufaraqah seperti “Aku cerai dari imam” atau “aku niat solat sendirian”.

wallahua’lam 

FB ustaz azhar idrus



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo