NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adun DAP cabar titah Sultan dan Cetus kemarahan Melayu


Gerakan Pembela Ummah Negeri Pahang(UMMAH Pahang) melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ADUN Tras dari DAP Chow Yu Hui yang telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mencabar arahan kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan  tulisan jawi disetiap papan tanda di negeri ini.

Dalam kenyataan rasmi di Facebook UMMAH Pahang, Roslan menyifatkan tindakan  ADUN Tras ini sebagai mencabar titah KDYMM Sultan Pahang selain daripada cuba membangkitkan kemarahan orang melayu.

Menurut beliau, DAP sepatutnya belajar untuk hidup dalam kerukunan negara bangsa yang saling hormat menghormati. Sementelah saranan penggunaan tulisan jawi ini merupakan titah  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, As-Sultan Abdullah Ri'yatuddin Al Mustafa Billah Shah. 

Tindakan Adun Tras dilihat seolah-olah menguji kesabaran orang Melayu ada had sempadan nya. Tindakan ini juga memperlihatkan seolah-olah DAP cuba melenyapkan identiti Melayu. 

Roslan, melalui NGO Ummah Pahang menegas akan terus menyokong usaha kerajaan Negeri Pahang mempertahan dan memperjuangkan  tulisan jawi. 

Dalam saman yang dikemukakan Adun Tras, beliau menamakan Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Daerahh Raub sebagai Responden. 

Disamping menuntut penarikan balik saman dan menuntut permohonan maaf, UMMAH Pahang turut juga menawarkan khidmat guaman sekiranya diperlukan. 

UMMAH Pahang juga meminta kesemua ADUN & MP DAP yang berbangsa Melayu khasnya buat ADUN Ketari & Ahli Parlimen Raub membantah usaha ADUN Tras bagi buktikan jati diri melayu mereka. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo