NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

7 tip pelaburan hartanah sempoi untuk newbie.

Tengah mencari rumah untuk tujuan pelaburan?

Tahniah Tok ucapkan sebab korang dah mulakan tindakan. Kalau tunggu lagi, memang lambat la nak kaut untung, kan?

Tak salah beli rumah kecil dulu. Sampai masa nanti, korang boleh upgrade lepas dah dapat pulangan. Slow-slow, bak kata orang.

Sebelum korang buat keputusan membeli tu, Tok nak korang hadamkan perkongsian Cikpuan Laura Lee yang awesome ni.

Nasihat ni boleh elakkan duit korang hangus tanpa belas kasihan. Jemput hadam.


Tip #1 : Beli masa orang lain tengah rancak menjual

Bagi seorang pelabur yang awesome, situasi ni dianggap sebagai peluang terbaik untuk beli rumah.

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu serta pasaran hartanah yang lembap, ramai yang jual rumah untuk kurangkan kerugian.

Masa ni la peluang terbaik untuk korang beli rumah daripada golongan ini.

Sebab tu, dalam dunia pelaburan hartanah, hard cash adalah salah satu perkara penting yang pelabur kena jaga. Masa orang sibuk nak jual, kita pulak sibuk nak membeli.

Lagipun, golongan ni adalah lubuk untuk dapatkan rumah below market value. Sebab mereka tengah terdesak nak jual. Gunakan peluang ini sebaiknya.


Tip #2 : Jual masa orang tengah sibuk membeli

Lebih kurang sama macam poin #1 tadi.

Simple economics, bak kata orang. Sentiasa sediakan bekalan (supply) kalau ada permintaan (demand).

Kalau korang jaga benda ni, korang pasti senang nak berjaya dan buat banyak untung dalam pelaburan ini.

Bila ada banyak prospek yang bersaing untuk membeli, senang-senang je korang boleh dapatkan pembeli yang akan bersetuju dengan harga jualan yang korang tetapkan.

Lagi syok, mungkin mereka sendiri yang tawarkan tawaran yang lebih baik daripada apa yang korang mintak. Siapa tau, kan?


Tip #3 : Pelan jangka masa panjang, atau pendek?

Satu kesilapan yang pelabur baru buat adalah gagal untuk merancang pelan jangka masa panjang dalam pelaburan ini.

Sebab teruja sangat nak kaut untung cepat, ramai yang pilih untuk gunakan strategi flipping.

Tak dinafikan yang banyak je hartanah boleh dapat capital appreciation dengan cepat, kalau rumah tu berada dalam kawasan hot atau maju.

Cuma, strategi tu tak sesuai korang gunakan kat kawasan yang belum capai tahap matang, tapi punya potensi yang sangat besar.

Elok jugak kerajaan buat RPGT. Ini supaya pemilik hartanah simpan hartanah untuk satu tempoh (maksimum 5 tahun) sebelum menjual.

Kalau nak jual awal jugak, tanggung la kos RPGT tu.


Tip #4 : ‘2’ lebih baik daripada ‘1’?

Pelabur hartanah yang bijak tau perkara ini. Untuk kurangkan risiko, mereka akan pelbagaikan portfolio hartanah.

Maksudnya?

Takde la korang kena tumpukan 100% perhatian untuk melabur dalam satu kategori hartanah je.

Katakan, mungkin sekarang korang sedang melabur dalam kategori hartanah low cost.

Mungkin pada masa depan, korang boleh merancang untuk melabur dalam kategori medium cost atau komersial pulak.

Nota padu : Timbalan Presiden MIEA, Lim Boon Ping juga nasihatkan pelabur supaya beli satu (1) hartanah dalam kategori low cost. Sebab rumah tu, dibangunkan untuk membantu golongan yang kurang mampu.


Tip #5 : Mantra ‘lokasi, lokasi, lokasi,’ masih relevan lagi?

Pasti korang selalu dengar nasihat rata-rata pakar hartanah. Lokasi adalah salah satu elemen penting dalam pelaburan ini.

Tak nafi, yang lokasi memang salah satu faktor utama yang perlu kita pertimbangkan (kalau beli rumah untuk tujuan pelaburan).

Tapi, ada lagi yang lebih penting. Korang tau tak apa?

“Siapa yang nak sewa rumah tu?”

Atau dalam bahasa mat salehnya, tenantabiity.

Tenantability ni, adalah kebolehan sesebuah hartanah untuk dapatkan dan mengekalkan penyewa.

Tak guna kalau korang beli hartanah mahal-mahal, tapi takde seorang pun yang berminat (atau mampu) nak menyewa.

Kalau takde penyewa, takde la cash flow (aliran tunai).

Kita nak orang bayarkan ansuran bulanan rumah tu untuk kita, bukan pakai duit poket sendiri.


Tip #6 : Sebelum beli, tanya dulu

Ini lagi satu perkara yang penting.

Sebelum korang buat keputusan membeli, buat berbincang dulu dengan perunding hartanah yang sah dan berdaftar.

Golongan ni tau selok-belok tentang hartanah kat kawasan yang mereka jual tu. Jadi kalau korang nak tau lebih lanjut, ringankan mulut bertanya.

Jangan dah beli, baru terhegeh-hegah nak tanya. Yang ni, memang saja cari pasal.

Nak tau cara kenal pasti REN tu berdaftar atau tak? Klik sini untuk baca sekarang.


Tip #7 : Terus-menerus belajar dan mengkaji pasaran

Ini adalah nasihat no brainer. Senang semua orang nak hadam dan faham.

Teruskan belajar dan mengkaji kawasan mana yang sesuai untuk laburkan duit korang tu. Kalau semua tempat confirm buat duit, korang boleh abaikan nasihat ni.

Tapi, dah tentu itu bukan satu realiti, kan? Korang semua cerdik belaka. Pasti dah sedia maklum tentang ini.

Salah satu yang best untuk korang buat adalah menambah rangkaian kenalan antara pelabur. Dengan networking yang bagus, banyak yang korang boleh belajar.

Sambil tu, tambah la bahan bacaan. Dah tentu korang pakai smartphone. Jadikan tu sebagai medium korang untuk hadamkan banyak-banyak ilmu pelaburan hartanah yang ada.

Beli rumah pelaburan, tak sama macam nak beli rumah untuk duduk sendiri. Banyak perkara yang perlu korang sediakan untuk pastikan korang buat untung.

Lagipun, siapa yang nak melabur untuk rugi, kan?

Tok yakin korang semua bijak-bijak belaka. Sebab tu korang baca artikel ni sampai habis. Korang serius power! - Gilahartanah.com

( Hide )
  1. Tips yang bagus terutamanya untuk nubis. Actually ada macam-macam cara untuk mempelbagaikan porfolio pelaburan kita. Membeli harta tanah memang salah satu dari caranya. Tp mgkin ada org rasa itu memerlukan modal yang sangat byk. Jadi berbelanja ikut kemampuan. Melabur dalam mata wang kripto pun boleh dan lebih rendah modalnya. Jadi terpulang pada anda.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo