Karier politik Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dikhabarkan sudah hampir ke penghujung jalan.
Ahli Parlimen Kimanis yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, berkata, kerajaan Sabah kini semakin pincang termasuk Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah yang didakwa semakin hilang sokongan daripada ahli partinya sendiri.
"Saya dengar angin bertiup semakin kencang dan jangkaan peralihan ini akan berlaku semakin dekat".
"Berapa cepat itu kita tidak pasti tetapi khabar angin ini semakin kencang."
"Kita tunggu sahaja, mudah-mudahan ada berita yang mengejutkan akan berlaku".
"Bukan mengejutkan sangat tetapi ia sudah dijangka akan berlaku," katanya pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.
Apa yang dikatakan oleh Alamin itu sememangnya berasas kerana perkembangan politik terkini di Sabah, menyaksikan keyakinan akar umbi parti Warisan terhadap Shafie dilihat semakin hari semakin terhakis.
Antaranya pengumuman 600 ahli WARISAN Bahagian Sepanggar telah menyebabkan penutupan 9 dari 81 cawangan WARISAN Bahagian Sepanggar.
Kemudian diikuti pula dengan pengumuman 4 cawangan WARISAN dari bahagian Kota Belud yang mengumumkan keluar parti bersama-sama 500 lagi ahli WARISAN (BACA DI SINI).
Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Shafie, beliau menafikan berita Kerajaan Warisan Sabah sudah giyah.
"Saya yakin Sabah bukan macam negeri-negeri lain,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah kepada Peguam Besar Sabah yang baharu,
Apa pun yang akan berlaku di Sabah, janganlah pula Shafie pula terkena penyakit yang sedang dihidapi oleh Dr Mahathir dan serpihan PPBM, yang sentiasa meratib dengan 'zikir' salah Najib dan salah UMNO.
Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin,
"Kekalutan dalam pentadbiran kerajaan Warisan ditambah lagi Mohd Shafie dibarisi kabinet dan pemimpin yang mengamalkan sindrom penafian, kurang bekerja untuk rakyat, itu menjadi punca kerajaan Warisan goyang."
"Tiada kena mengena dengan dakwaan yang Umno sedang melakukan gerak kerja untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang asalnya dari belakang."
"Warisan perlu sedar bahawa kerajaan yang ditubuhkan mereka secara pintu belakang tidak pernah kukuh sejak dari awal lagi,"
Sekiranya Warisan tumbang di Sabah, yang harus Shafie salahkan ialah diri beliau sendiri kerana gagal menyempurnakan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.
KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat seca...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment