NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Realism, pragmatism dan politikus



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

[Pertama] Politikus

1) Sebelum ini saya telah menulis beberapa point tentang Realism. Boleh rujuk;

a- Hadis : Materialism, Pragmatism, Realism dan Neo-Realism [1]

b- Menunggang Agama Mengikut Kacamata Machiavelli [2]

c- Politikus Yang Realism Di Pentas Sarkas Politik [3]

Kenapa Pemikiran Realism sangat penting untuk difahami pada hari ini? Ini kerana ia menggambarkan situasi politikus pada hari ini, yang dilihat berubah ubah prinsip, lompat sana sini, demi mencapai kepentingan politiknya.

2) Sebagai permulaan, suka untuk saya huraikan secara ringkas bahawa kita perlu faham perbezaan antara;

a- Lompat yang diertikan dengan menggadai prinsip.

b- Lompat atau U-Turn yang diertikan dengan bertaubat

Dalam masa yang sama perlu jelas tentang konsep sebenar “taubat” seorang politikus. Samada benar benar bertaubat, atau semata mata mengejar kepentingan.

3) Benar, tiada siapa yang boleh mengetahui isi hati manusia. Akan tetapi kita sebagai manusia diberikan akal untuk berfikir dan menyaksikan dengan mata kasar tanda tanda yang menggambarkan isi hati seseorang.

Sebab itulah dalam Ilmu Mantiq yang digagaskan oleh ahli falsafah sangat penting untuk dipelajari. Antara yang dibincangkan dalam mantiq ialah “bab tanda” Ų§Ł„ŲÆŁ„Ų§Ł„Ų©.

4) Tujuan kita mempelajari tanda tanda zahir bagi hati seseorang, tujuannya bukan untuk menghukum kerana hukum perlu pembuktian yang jelas, dan bukannya sekadar sangkaan.

Akan tetapi tujuan mempelajari bab ini ialah untuk berhati hati dan berwaspada. Bahkan kewaspadaan ini merupakan salah satu yang diajar oleh Nabi SAW yang diabaikan oleh Umat Islam hari ini [4]

[Kedua] Survival dan Makan Keliling
.
1) Kembali kepada persoalan asal, kenapa kita perlu memahami Realism? Realism menggambarkan satu fenomena kehilangan jati diri, boleh berubah ubah warna macam sesumpah, makan keliling dan sebagainya.
.
Realism lebih mementingkan “survival”. Bahasa mudahnya, seorang politikus yang Realism akan menggunakan apa juga teknik samada halal atau haram, asalkan survival politiknya terjamin.
.
2) Realism seakan akan sama dengan Pragmatism. Cumanya Pragmatism lebih kepada “makan keliling”. Sepak terajang politik hari ini khususnya di Malaysia sangat sinonim dengan Realism ini.
.
Manakala di peringkat antarabangsa, boleh kita katakan sangat sinonim dengan Neo-Realism yang lebih “berstruktur”. Neo-Realism juga mementingkan survival sesebuah negara dan memberi pengaruh kepada dasar luar negara tersebut.

3) Selain Pragmatism, Realism juga sangat “sebulu” dengan Liberalism, Humanism, Feminisme atau apa jua slogan yang menyeru kepada kebebasan yang bersifat liar dan tiada batasan.

Liar boleh digambarkan dengan tiada sempadan, atau tiada batasan. Islam adalah sebuah sistem yang meletakkan batasan batasan yang perlu dipatuhi oleh manusia.

Maka sekiranya slogan kebebasan yang bersifat liar itu dilaungkan, sudah pasti mereka cuba mengeluarkan Umat Islam daripada kerangka Islam. Biasanya mereka akan gunakan istilah “kongkongan”.

Jika kita lihat dalam sejarah Reinassance, setelah mana Eropah berada di bawah pemerintahan bergereja yang memenjarakan mereka, maka slogan slogan kebebasan ini dilaungkan.

[Ketiga] Topeng dan Sophism

1) Realism agak terkait dengan slogan kebebasan juga, iaitu dari sudut bebas untuk “bertukar topeng”. Kadangkala bertopengkan agamawan, kadangkala bertopengkan dermawan dan macam macam lagi topeng.

Mereka bebas memilih topeng untuk dipakai semata mata untuk meraih pengaruh dan memelihara survival politiknya. Kalau topeng agamawan, pastinya politikus itu akan menunggang agama.

2) Realism juga sangat sinonim dengan Sophism. Bukan dari sudut kepincangan hujah, akan tetapi dari sudut penunggangan agama. Hal ini pernah “dibisingkan” oleh ahli falsafah zaman Yunani lagi.

Iaitu apabila golongan golongan Sophism yang mempunyai banyak topeng atau bermuka muka ini, mula menggunakan konsep kepercayaan Yunani sebagai alat untuk memelihara survival pengaruh mereka.

3) Sophisme secara ringkasnya ialah golongan yang tidak berpijak kepada hujah, tiada prinsip, bertukar tukar topeng dan sebagainya. Kadangkala mereka menyeru kepada kebebasan yang bersifat liar.

Iaitu bebas memilih sandaran. Jika seorang Sophism itu sukakan A, maka akan dicari cari “dalil” untuk melapik kesukaannya itu, untuk ditunggangi. Begitu juga kalau sukakan B, mereka akan cari dalil juga untuk itu.

4) Mempermainkan “dalil” atau hujah ini merupakan realiti sebenar Sophism. Ia juga boleh dianggap sebagai penyakit. Penyakit ini pernah merosakkan dunia keilmuan Yunani satu ketika dahulu.

Banyak contoh yang boleh kita lihat sekarang, betapa politikus itu seorang Sophisme, seorang Realism, dan pelbagai lagi ideologi yang dianutinya. Sedikit sebanyak meranapkan dunia Idealism.

[Keempat] Gerakan Islam Yang Terkesan

1) Saya bukanlah penganut Idealism yang terlalu terapung tinggi di langit Epistemologi, dan tidak menjejak di alam realiti. Cumanya saya lihat politik Malaysia hari ini, yang dahulunya agak idealis, sudah berubah secara halus ke arah realis.

Para politikus melihat bahawa idea idea yang “dihasilkan” sebelum ini sudah semakin luput ditelan zaman. Ataupun politikus idealis pun sudah berubah angin. WaLlahua’lam.

2) Hal ini sedikit sebanyak memberi pengaruh terhadap ahli ahli gerakan Islam. Kalau dahulunya melaungkan idea idea Islam ketika di dimensi pembangkang, namun hari ini seolah olah menjadi realis ketikamana di dimensi “kerajaan campuran”.

Tidak dinafikan, masih lagi ada orang orang yang ikhlas, teguh berprinsip dan berpegang dengan dasar dasar Islam. Alhamdulillah. Jangan sia siakan orang-orang ini sekalipun sememangnya mereka itu disia-siakan.

3) Adakalanya jelas apabila membaca buku buku yang dtulis oleh para pendokong gerakan Islam seperti buku Ų·Ų±ŁŠŁ‚ Ų§Ł„ŲÆŲ¹ŁˆŲ© ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„Ų£ŲµŲ§Ł„Ų© ŁˆŲ§Ł„Ų§Ł†Ų­Ų±Ų§Ł oleh Syeikh Mustafa Masyhur, atau Ų¢ŁŲ§ŲŖ Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų·Ų±ŁŠŁ‚ Syeikh Sayyid Nuh dan banyak lagi.

Realiti yang diutarakan oleh mereka kadangkala terpalit ke muka kita sendiri sekalipun karya karya itu sudah ditulis puluhan tahun dahulu. Tulisan tulisan yang segar itu perlu dibaca berterusan agar kita tidak tergadai prinsip dengan perubahan semasa.

4) Ya, memang tidak dinafikan dalam Islam ada Ų«ŁˆŲ§ŲØŲŖ dan Ł…ŲŖŲŗŁŠŲ±Ų§ŲŖ. Iaitu prinsip dan keanjalan. Namun, yang perlu kita waspadai ialah apabila ahli gerakan Islam tertukar mana satu prinsip, dan mana satu keanjalan.

Yang menjadi masalah juga apabila perangai realis, pramgatis, dan sophis itu dianggap sebagai keanjalan yang diharuskan. Menganggap bertukar tukar topeng itu sebagai keanjalan.

[Kelima] Demokrasi

1) Fenomena Realism sebenarnya sangat subur di dalam sistem Demokrasi. Jangan lupa bahawa Demokrasi adalah sistem yang sangat subur dengan slogan kebebasan yang saya ceritakan tadi.
.
Demokrasi dianggap kebebasan rakyat untuk memilih sesiapa sahaja untuk memimpin negara. Secara logiknya, kalau ramai orang jahat di Malaysia, maka orang jahat akan menang pilihanraya.
.
2) Maka di sinilah akan suburnya Realism. Apabila politikus yang berkepentingan akan menjadi sesumpah, pragmatis, bersikap populis, dan sebagainya demi menjaga kepentingannya.
.
Iaitu demi memelihara pengaruhnya di mata masyarakat, agar kekal mendapat tempat di hati masyarakat. Tak berani untuk melawan arus kehendak orang ramai.

3) Kadang kadang idea idea yang menyeru kepada survival Islam, atau kepentingan Islam dikelirukan dengan sikap Pragmatism atau Realism ahli ahli gerakan Islam. Kepentingan peribadi disamakan dengan kepentingan Islam.

Ini kerana masing masing menganggap bahawa aku Islam, dan Islam itu aku. Menanggap usaha untuk menaikkan rating pengaruh politiknya sebagai strategi untuk menegakkan Islam.

4) Bagaimana kita boleh sedar bahawa tujuan usaha seseorang itu adalah untuk menaikkan pengaruh politik semata mata dan bukannya untuk kepentingan Islam? Iaitu apabila habuan terbentang di depan mata.

Justeru, berwaspadalah kita dengan bahayanya ideologi sonsang yang mengikis dasar perjuangan Islam. Kefahaman Islam perlu dibina secara intelek, samada secara peribadi atau jamaie.

- Jumaat, 3 Julai 2020

[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3947294838645580/?d=n

[2] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3923521691022895/?d=n

[3] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3968672773174453/?d=n

[4] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3114567895251616/?d=n
No photo description available.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo