NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prestasi terkini TH kerana peningkatan mendadak ekonomi Malaysia


Oleh : Hawa Yaakub

PRESTASI setengah tahun pertama 2020 Tabung Haji berkait rapat dengan peningkatan mendadak ekonomi Malaysia pasca ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

The Edge Markets pada 9 Jun lepas melaporkan Malaysia berada pada tangga teratas berbanding pasaran saham ASEAN.

Bloomberg pula melaporkan pada 17 Julai lepas bahawa saham-saham di Asia jauh meninggalkan pasaran saham dunia yang tidak menentu hasil usaha pembendungan wabak Covid-19 yang lebih berkesan di rantau ini.

Sebelum itu, pada 25 Mac, The Coverage melaporkan JP Morgan dan Prof Hassentab dari Washington University mengiktiraf Malaysia sebagai lebih baik dalam membendung wabak Covid19 berbanding Amerika dan negara-negara Eropah. Berita yg sama juga disiarkan oleh New Straits Times pada hari yang sama.

Apa yang berlaku bukanlah kebetulan, malahan tindakan pantas dan tuntas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membendung wabak Covid-19 beserta pakej-pakej rangsangan ekonomi telah berjaya memulihkan ekonomi Malaysia dengan berkesan dalam masa yang singkat.

Dalam kenyataan akhbarnya pada 9 Julai, TH mengakui bahawa prestasi membanggakan setengah tahun pertama 2020 dapat dilihat apabila aktiviti ekonomi dibenarkan semula dengan dibantu pelan rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan.

Penulis adalah Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan merupakan seorang perunding kewangan berlesen.

Sumber : https://berita.pas.org.my/rencana-prestasi-terkini-th-kerana-peningkatan-mendadak-ekonomi-malaysia/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo