NOTIS:
PN: Ketua-ketua parti zahir dukungan pada Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Ketua parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah mengadakan satu pertemuan di Putrajaya dan menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam catatan di laman Facebook Muhyiddin Yassin, ia turut memaklumkan kesemua pimpinan parti bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Menurut catatan itu, pimpinan yang hadir ialah presiden parti termasuk Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS); Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA) dan Tan Sri S. A Vigneswaran (MIC).
Selain itu, pertemuan tersebut turut disertai Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (PBB); Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP); Datuk Seri Tiong King Sing (PDP); Tan Sri Dr James Jemut Masing (PRS); Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS); Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).
Menurut catatan itu lagi, mesyuarat dua jam itu turut dihadiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung BERSATU.
Sebanyak 20 keping gambar pertemuan berkenaan turut disertakan dalam catatan itu. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment