KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) Plus kembali memerintah Putrajaya.
Dalam satu kenyataan, PSB berkata, pencalonan Mohd. Shafie tidak pernah berlaku selama ini justeru sokongan diberikan bagi mendokong status bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi Semenanjung.
“Pencalonan pemimpin dari Malaysia Timur sebagai Perdana Menteri adalah sasaran yang diperjuangkan Sarawakian yang setia,” kata PSB seperti dilaporkan Malay Mail.
PSB mempunyai dua Ahli Parlimen iaitu Baru Bian (Selangau) dan Datuk Masir Kujat (Sri Aman).
Mohd. Shafie sebelum ini dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri oleh bekas penjawatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KRISIS PENDIDIKAN: 10,000 PELAJAR TIDAK HADIR SPM – AMARAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA Isu ketiadaan 10,000 pelajar menduduki peperiksaan SPM bu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment