NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muafakat Nasional sokong Muhyiddin calon PM untuk PRU15


KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) secara prinsip bersetuju menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu gabungan itu, baru-baru ini.

"Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa yang mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).

"Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

"Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang mana saya setiausaha agungnya, ...betul memang apa disebutkan oleh Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan UMNO. Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan," katanya seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Annuar berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya menzahirkan dukungan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik PN demi mensejahterakan negara dan rakyat.

Abdul Hadi berkata mereka bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo