Pemimpin PH hilang kepercayaan diri sendiri, ahli 'putus harapan'
July 3, 2020
PAKATAN Harapan (PH) sedar mereka tidak boleh lagi kalah dalam PRK di Chini. Ia akan mengaibkan PH. Tetapi mereka sedar mereka akan kalah. Untuk jaga rekod buruk mereka menjadi lebih buruk dengan kekalahan lagi buruk di Tasik Chini, mereka terpaksa menarik diri mengunakan logo Pakatan Harapan untuk bertanding.
Ini bermaksud PH sudah hilang kepercayaan diri sendiri dan ini sungguh mengejutkan kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri sudah hilang confidence dan sedar rakyat tidak ada bersama mereka lagi.
Nak cerita mandat rakyat apa lagi? Bertanding pun tak berani, mandat rakyat nak bikin cerita.
Trend ini boleh membawa padah kepada PH kerana semenjak di tubuhkan PH, dan selepas PRU14, mereka telah kalah di beberapa PRK. Ia jelas menunjukkan PH telah gagal memenangi hati majoriti rakyat dan mungkin akan mengalami kekalahan lagi sekiranya mereka bertanding.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia semua kerana anda telah berjaya menyekat kemaraan pembohongan dan mungkar janji yang rakyat tidak dapat terima. Kepada pemimpin-pemimpin politik , penuhi lah janji kamu.. sentiasa sayangi rakyat, santunilah mereka… kami berjanji kami akan undi kamu. Kalau kamu berbohong dan kaki kencing… janganlah harap kami nak undi kamu.
Adakah PH akan kekal menjadi relevan di masa depan dengan perpecahan seperti cermin gelas jatuh terhempas ke atas lantai selepas ini? Isu TPM dan PM pun rakyat sudah benci mereka, macam mana mereka nak teruskan perjuangan mereka untuk rakyat kerana asyik berbalah sesama sendiri.
Saya rasa ramai ahli-ahlinya akan meninggalkan PH kerana telah ‘putus harapan’.
KUAN CHEE HENG @ UNCLE KENTANG
Aktivis Masyarakat
No comments
Post a Comment