BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas lebih 122 tan baja subsidi dengan nilai rampasan dianggarkan RM133,760 di sebuah gudang di Kampung Jelai, Tokai dekat sini, semalam.
Dalam serbuan pada jam 12.28 tengah hari itu, dua lelaki berusia lingkungan 30-an turut ditahan ketika sedang membungkus semula baja subsidi berkenaan.
Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak, berkata pemeriksaan mendapati baja yang dikhaskan untuk kegunaan petani itu dibeli pada harga subsidi RM20 seguni.
Jelasnya, baja seberat 20 dan 25 kilogram (kg) seguni itu kemudian dicampur menjadi satu guni seberat 50 kg dipercayai dijual di pasaran luar pada harga lebih RM100.
"Sindiket dipercayai mampu memperoleh keuntungan lumayan hasil penjualan baja subsidi. Kita percaya kegiatan penyelewengan ini sudah lama dilakukan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rae Morn berkata, pihaknya juga sudah mengambil keterangan pemilik gudang tempat baja subsidi itu dibungkus semula dan sedang melakukan siasatan lanjut termasuk mengesan dari mana baja subsidi itu diperoleh.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memindahkan, menyebabkan atau membenarkan barang kawalan disimpan di premis," katanya.
Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat ...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment