Peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober 2003 memberi impak besar kepada parti-parti pembangkang, khususnya PAS, dalam PRU 11 pada 21 Mac 2004.
Di Kelantan, kubu kuat yang dikuasai olehnya sejak PRU 8 pada 21 Oktober 1990, PAS hanya mampu berkuasa kembali setelah pengiraan semula undi ekoran jumlah perselisihan undi yang terlalu kecil, termasuk kemenangan tipis calon-calonnya di 6 kerusi berikut:
1. Kemenangan dengan majoriti 2 undi Zakaria Yaacob di N35 Kemuning,
2. Kemenangan dengan majoriti 34 undi Datuk Anuar Tan Abdullah di N9 Kota Lama
3. Kemenangan dengan majoriti 43 undi Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad di N32 Gaal,
4. Kemenangan dengan majoriti 56 undi Wan Abdul Aziz Wan Jaffar di N12 Pengkalan Pasir,
5. Kemenangan dengan majoriti 75 undi Datuk Hassan Muhamad di N34 Temangan, dan
6. Kemenangan dengan majoriti 105 undi Zulkifli Mamat di N33 Pulai Chondong.
Begitupun, Kerajaan PAS di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap bertahan di Kelantan selama lebih setahun dengan berbekalkan hanya kelebihan dua kerusi mengatasi UMNO, iaitu 24-21, dalam PRU 11 itu, walaupun ia berdepan dengan pelbagai tekanan daripada Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO.
Lebih genting lagi, kelebihan dua kerusi ini mengecil menjadi hanya satu kerusi, iaitu 23-22, bila calon UMNO, Datuk Hanafi Mamat, menang dengan dengan majoriti 134 undi ke atas calon PAS, Datuk Hanifa Ahmad, dalam PRK N12 Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2005 ekoran kematian Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada 31 Oktober 2005.
Siapa sangka bahawa hanya dengan berbekalkan kelebihan satu kerusi ini Kerajaan PAS Kelantan tetap mampu teguh bertahan sehingga jumlah kerusinya meningkat kembali menjadi 37 di dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008 berbanding 23 sebelumnya?
Apa poin saya?
Poin saya ialah:
(1) Jika Kerajaan PAS Kelantan mampu bertahan selama lebih dua tahun dengan berbekalkan hanya kelebihan satu kerusi, maka apalah sangat yang perlu dibimbangkan dengan kedudukan Kerajaan PN yang sedang memerintah Malaysia dengan kelebihan 3 kerusi, 113-109?
(2) Tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun PRU mengejut terpaksa dilangsungkan nanti kerana pengalaman PRU 11 menunjukkan siapa sahaja yang menjadi pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai PM akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU seterusnya.
NILAI - Meletakkan ranking sesebuah universiti bukanlah menjadi satu matlamat terpenting sebaliknya hanya sebagai panduan, kata Menteri Pend...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment