NOTIS:
Dr Yusof beritahu Najib: Urusan bersama dalam kerajaan dulu tidak perlu diungkit
KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) menyifatkan presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai orang yang tahu had tanggungjawabnya.
Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr Yusof Yacob berkata Shafie menjalankan tugasnya dan beliau menerapkan melalui saluran yang betul.
“Shafie tahu had tanggungjawab dan menghormati atasannya. Beliau tidak membelakangkan atasannya. Itulah sebabnya dia memohon,” kata Dr Yusof dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menuduh Shafie sering menolak tender terbuka dan lebih memilih tender terhad semasa berkhidmat dalam kabinet Najib sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Najib dalam satu hantaran di Facebook mendakwa bahawa apabila permohonan Shafie ditolak, beliau akan menulis surat rayuan untuk beliau pertimbangkan.
“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Tidak ada menteri lain seperti dia. Sehingga surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan,” katanya.
Dr Yusof berkata beliau percaya bahawa Shafie tidak memohon untuk dirinya sendiri tetapi orang-orang yang meminta pertolongannya, terutama orang-orang Umno.
Menurut Dr Yusof, apa yang berlaku antara sahabat atau urusan bersama dalam kerajaan dulu tidak perlu diungkit.
Ini ibarat suami isteri, tentu sekali masing-masing mengetahui luar dan dalam kedua-dua belah pihak, katanya.
“Adalah tidak baik malah tidak bermoral untuk mendedahkan hal-hal atau kelemahan suami atau isteri apabila sudah bercerai.
“Mungkin satu hari nanti mereka akan rujuk semula sebagai suami-isteri.
“Jadi tidak perlu mengaibkan apabila kita ada rahsia bersama,” kata Dr Yusof.
Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/news/155676/dr-yusof-beritahu-najib-urusan-bersama-dalam-kerajaan-dulu-tidak-perlu-diungkit/#.XwvZe_TTG2k.whatsapp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment