NOTIS:
KM Pulau Pinang Goyah, Hanya 22 dari 40 adun sokong Chow Kon Yeow
PETALING JAYA: Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didahului Adun Air Putih, Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk menerajui pentadbiran negeri.
Menerusi kenyataan bersama Adun PH Pulai Pinang, mereka juga menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu sejak 2008.
“Kami sedar bahawa khabar angin kononnya beberapa orang Adun PH Pulau Pinang akan keluar parti untuk menyokong penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional) di Pulau Pinang.
“Kami para ‘backbenchers’ PH ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha pintu belakang untuk menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang dan menyatakan bahawa kami sesekali tidak akan khianati mandat rakyat yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui mandat PRU14 adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi, dan khianat tersebut tidak akan dimaafkan oleh rakyat.
“Kami juga ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kami di sebelah sana, yang ingat ‘lompat parti’ adalah perkara biasa, tentang Artikel 14A perlembagaan negeri Pulau Pinang yang akan diguna pakai untuk melucutkan keahlian Dewan yang khianat mandat rakyat, dengan melompat parti,” kata mereka.
Kumpulan wakil rakyat itu juga turut menasihati bekas sekutu mereka yang berada di blok pembangkang supaya tidak “membuat fitnah”.
“Kami menasihatkan rakan kami yang sudah menjadi pembangkang sekarang untuk menunjukkan sifat tanggungjawab dan tidak menyebarkan fitnah yang tidak benar sama sekali ini “ katanya.
Selain Guan Eng, 21 Adun lain yang turut mengisytiharkan sokongan kepada Chow ialah:
Saifuddin Nasution Ismail-Pantai Jerejak
Teh Lai Heng- Komtar
Amar Pritpal Abdullah- Sungai Bakap
Lee Khai Loon- Machang Bubok
Muhammad Faiz Fadzil- Permatang Pasir
Lim Siew Khim-Sungai Pinang
Satees Muniandy- Bagan Dalam
Ong Ah Teong – Batu Lancang
Lee Chun Kit- Pulau Tikus
Daniel Gooi Zi Sen-Pengkalan Kota
Hng Mooi Lye-Jawi
Syerleena Abdul Rashid- Seri Delima
Heng Lee Lee-Berapit
Joseph Ng Soon Siang-Air Itam
Mustafa Kamal Ahmad-Telok Ayer Tawar
Gooi Hsiao-Bukit Tengah
Goh Choon Aik-Bukit Tambun
Ong Khan Lee-Kebun Bunga
Kumaresan Aramugam – Batu Uban
Mohd Tuah Ismail-Pulau Betong, dan
Azrul Mahathir Aziz -Bayan Lepas.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 anggota dengan PH menguasai 33 kerusi.
Daripada 33 kerusi PH, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (12) dan Amanah (2).
Tujuh anggota pembangkang diketuai oleh 3 Adun PPBM, diikuti Umno (2), PAS (1) dan Bebas (1).
Sebelum terbentuknya kerajaan PN pada Mac kepas, terdapat hanya hanya 3 anggota pembangkang, iaitu Umno (2) dan PAS (1).
Terbaru Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim dipecat daripada PKR. Afif menyuarakan hasrat untuk menyertai PPBM, sementara Zulkifli kekal sebagai ahli Bebas.
Dalam pada itu Adun PPBM Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim berkata mereka mesra PN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment