NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek ECRL di Kelantan dijangka bermula November 2020


oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM– Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Hj Ahmad bin Yakob berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil China Communication Construction (CCC) yang diketuai Pengurus Projek Eksekutifa, Guo Chang Rui sekitar pukul 11 pagi tadi di pejabatnya.

Kunjungan hormat delegasi tersebut bertujuan menyampaikan pembentangan mengenai status Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) khasnya di Kelantan.

Difahamkan, projek ECRL itu dijangka bermula pada November 2020 selepas proses pengambilan tanah selesai berikutan perubahan jajaran (alignment) yang melibatkan dua stesen di Kota Bharu dan Pasir Puteh melibatkan jumlah keseluruhan penjajaran sejauh 44.075 km.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Hj Azami Mohd Nor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa).- UPKN KELANTAN 1/06/2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo