NOTIS:
PRK Chini: UMNO tak anggap mudah, perkenal calon 18 Jun – Ahmad Maslan
PONTIAN, 10 Jun — UMNO tidak memandang mudah sebarang saingan yang bakal wujud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, walaupun kawasan itu adalah kubu kuat parti berkenaan, kata Setiausaha agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Memang kubu UMNO tetapi kami tidak pandang mudah, akan bertanding betul-betul dan berlawan juga walaupun nanti, mungkin ada calon bebas.
“Soal calon, kami serahkan kepada kebijaksanaan parti namun yang pasti kita akan letakkan calon terbaik,” katanya sambil memaklumkan UMNO akan memperkenalkan calon pada 18 Jun ini di Pejabat UMNO Bahagian Pekan.
PRK Chini yang ditetapkan pada 4 Julai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon Barisan Nasional memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.
PRK ini adalah pilihan raya yang pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.
— BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment