KUANTAN: Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, telah dibeli daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang setakat hari ini.
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli, berkata daripada jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), manakala empat lagi oleh wakil Bebas.
Katanya, borang pencalonan itu mula dijual sejak 15 Mei lalu di pejabat SPR Pahang dan di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, dekat sini.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung.
SPR menetapkan PRK DUN Chini diadakan pada 4 Julai dengan 20 Jun sebagai hari penamaan, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.
Pada Pilihan Raya Umum lalu, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, manakala calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065). - BERNAMA
Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autis...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment