1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa Kerajaan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memperkenalkan hukuman mati terhadap pesalah kesalahan pemanduan mabuk sehingga menyebabkan kematian orang awam yang tidak berdosa.
2. Pemuda UMNO amat dukacita dengan perkembangan mutakhir mengenai kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu mabuk yang makin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam sejak kebelakangan ini.
3. Ternyata, hukuman di bawah Akta 333 ketika ini tidak sedikitpun menggerunkan pemandu mabuk bahkan boleh dianggap ringan dan tidak setimpal dengan kehilangan nyawa dan tempat bergantung yang dialami oleh kaum keluarga mangsa.
4. Ketika ini, Seksyen 44(1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak lebih dari RM20,000 bagi kesalahan pemanduan mabuk.
5. Justeru, Pemuda UMNO menyarankan agar Kerajaan dapat meminda Akta 333 dengan memperkenalkan hukuman mati yang boleh menjadi pengajaran dan sebagai asas pencegahan terhadap kes-kes pemanduan mabuk yang menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd, Dr Noor Aishah Rosli berkata faktor genetik (sejarah keluarga yang mempunyai autis...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment