NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun ini - PM Muhyiddin


PUTRAJAYA, 7 Jun -- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkan perkara itu di pejabatnya di sini hari ini yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan.

Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB bagi menggantikan PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

PKPB yang sebelum ini dilaksanakan dari 4 hingga 12 Mei membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi semula, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

PKPB kemudian dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun (Selasa) ini.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo